Malaysia raih 2 gangsa Terjun Dunia Mexico - pakdin.my

pandelela-mexico

Malaysia memenangi dua pingat gangsa dalam Siri Terjun Dunia 2013 di Guadalajara, Mexico, semalam dengan salah satunya disumbangkan oleh Olahragawati Kebangsaan 2012, Pandelela Rinong Pamg.

Ratu terjun dari Sarawak itu bergandingan dengan Leong Mun Yee untuk mencatat 311.46 mata dalam acara 10 meter platform seirama wanita di belakang juara, Si Yajie-Liu Huixia dari China (335.16) dan pemenang perak, Tonia Couch-Sarah Barrow (Great Britain, 317.10).

Sebutir lagi gangsa negara disumbangkan gandingan Ng Yan Yee-Cheong Jun Hoong yang mencatat 305.70 mata acara 3 meter papan anjal seirama wanita manakala pasangan China, He Zi-Wang Han memenangi emas (327) dan perak milik Paola Espinosa-Dolores Hernandez (Mexico, 313.20)

UTAMAGAYA HIDUPMalaysia raih 2 gangsa Terjun Dunia Mexico

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium