Toyota panggil balik 242,000 model Prius, Lexus hibrid - pakdin.my

toyota-prius-lexus

TOKYO: Toyota Motor Corp hari ini memanggil balik kira-kira 242,000 model Prius dan Lexus hidrid berikutan terdapat masalah pada sistem brek kenderaan.

Panggilan balik itu membabitkan kira-kira 233,000 model Prius yang dikeluarkan antara Mac dan Oktober 2009 dan kira-kira 9,000 model Lexus HS250h buatan Jun dan Oktober 2009.
Model Prius yang terbabit adalah yang dijual di seluruh dunia, manakala Lexus sedan hanya dijual di Amerika Syarikat dan Jepun.

Syarikat itu berkata, alat ganti brek pada kenderaan dibuat daripada bahan yang lemah dan boleh retak disebabkan geseran yang tinggi sehingga memperlahankan masa tindak balas.

Toyota berkata, setakat ini belum ada kemalangan atau kecederaan disebabkan masalah berkenaan tetapi syarikat menerima banyak aduan mengenainya.

UTAMABERITAToyota panggil balik 242,000 model Prius, Lexus hibrid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium