Gadis tidak pulang selepas keluar dengan rakan lelaki - pakdin.my

Noor Hasimah Abdullah

PADANG TERAP 12 Jun – Seorang bapa meminta orang ramai membantu mencari anak perempuannya yang tidak pulang ke rumah sejak hampir tiga minggu lalu kerana khuatir mengenai keselamatannya.

Noor Hasimah Abdullah, 27, yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta di Jitra dipercayai keluar bersama rakan lelakinya untuk makan malam kira-kira pukul 8.30 malam pada 23 Mei lalu dan tidak dapat dikesan sehingga kini.

Bapanya, Abdullah Yaakub, 62, berkata, kehilangan tersebut disedari anak keempatnya, Siti Zulaika, 24, yang tinggal bersama Noor Hasimah di rumah sewa mereka di Taman Darul Aman Jaya, Jitra apabila kakaknya itu tidak pulang pada hari kejadian.

Katanya, dia mengetahui kejadian tersebut selepas Siti Zulaika menghubunginya untuk bertanya sekiranya kakaknya itu pulang ke kampung.

“Saya telah membuat tiga laporan polis berhubung perkara ini kerana amat bimbang mengenai keadaan keselamatannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tandop Besar, Tekai Kanan di sini hari ini.

Menurut Abdullah, laporan polis pertama dibuatnya pada 26 Mei lepas di Balai Polis Kuala Nerang selepas gagal menghubungi dan mencari anak ketiga daripada 10 beradik itu.

Selepas itu, katanya, dia membuat dua lagi laporan polis di Balai Polis Jitra masing-masing pada 2 dan 11 Jun lepas dengan harapan polis dapat mengesan anak perempuannya itu.

UTAMABERITAGadis tidak pulang selepas keluar dengan rakan lelaki

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium