Surat Palsu – Umno Hulu Selangor Tak Perlukan Undi Warga Asing - pakdin.my

PETALING JAYA: Umno Bahagian Hulu Selangor tidak memerlukan warga asing untuk memangkah Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang yakin mampu mengekalkan penguasaan parti berkenaan di kawasan itu.

Sehubungan itu, Ketua Umno bahagian berkenaan, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar menyifatkan dakwaan bahawa beliau menulis dan menandatangani sepucuk surat bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk kira-kira 2,000 warga Indonesia bagi membolehkan mereka mengundi BN sebagai fitnah jahat pembangkang kerana bimbang dengan kebangkitan BN di Selangor.

“Kita tidak perlu buat begitu. Kita yakin BN dan Umno akan berjaya pertahankan kemenangan kita di Hulu Selangor.

“Ini satu fitnah. Dakwaan itu juga tidak benar. Saya tidak pernah terfikir untuk membawa masuk warga asing untuk jadi pengundi di Hulu Selangor.

“Surat itu juga palsu kerana itu bukan tanda tangan saya. Ejaan nama saya yang tertera dalam surat itu juga tidak betul,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang mendakwa Umno bahagian itu menyalahgunakan kuasa kerajaan.

Surat itu didakwa sebagai percubaan Umno Hulu Selangor mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk kira-kira 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor yang majoritinya warga Indonesia bagi membolehkan mereka mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin pada sidang medianya semalam menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.

Surat bertarikh 23 Mac didakwa ditandatangani oleh Mohamed Idris itu dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mengulas lanjut, Mohamed Idris berkata Umno Hulu Selangor tidak perlu berbuat demikian kerana semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali) di Hulu Selangor adalah milik BN.

“Setakat ini kita juga telah mendaftarkan lebih 72,000 pengundi baru dalam kempen daftar pemilih. Ini usaha kita secara berterusan untuk menarik minat golongan muda untuk menjadi pengundi,” katanya.

Beliau juga mengesahkan akan membuat laporan polis terhadap dakwaan PKR itu di Balai Polis Kuala Kubu Bharu dalam tempoh terdekat.

“Saya sendiri akan pergi membuat laporan polis mengenai perkara ini. Jika tidak sempat petang ini mungkin malam ini. Tapi malam ini saya akan hadir sambutan ulang tahun Umno ke-65.

“Jika tidak sempat juga mungkin esok. Saya jangka, Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Hulu Selangor juga akan membuat laporan yang sama dalam tempoh terdekat,” katanya.

 

UTAMABERITASurat Palsu - Umno Hulu Selangor Tak Perlukan Undi Warga Asing

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium