Tun M Dimasukkan Ke IJN - pakdin.my

Tun M Dimasukkan Ke IJN

Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara pagi tadi, bagi mendapatkan rawatan sakit dada.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan pembantunya, bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke wad biasa kira-kira 6 pagi tadi, selepas mengalami demam dan batuk sejak dua hari lalu.

Beliau kini menjalani rawatan termasuk fisioterapi dada intensif.

Tun Dr Mahathir, 85 tahun, yang juga presiden Yayasan Perdana Keamanan Global, dijangka berada di IJN selama seminggu.

Doktor juga menegah beliau menerima pelawat, kecuali keluarga terdekat.

UTAMABERITATun M Dimasukkan Ke IJN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium