Tanah Runtuh Hulu Langat – Video di tempat kejadian - pakdin.my

 

Tanah Runtuh Hulu Langat – 3 Anak Yatim Terbunuh

Tiga pelajar disahkan terbunuh manakala 16 lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa Rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia, Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, Selangor, petang tadi.Sehingga lewat petang tadi, hanya lima orang berjaya diselamatkan dari runtuhan tanah berkenaan.Kejadian dilapor berlaku jam 2.30 petang tadi ketika 41 pelajar dan empat penjaga rumah anak yatim berkenaan dikatakan sedang mengadakan latihan untuk satu program di sebuah bangsal berdekatan lereng bukit ini.Semua pelajar terbabit — lelaki berusia 12 hingga 18 tahun, adalah penghuni rumah anak yatim berkenaan.Ketika kejadian, cuaca cerah dan nahas dikatakan berpunca dari hujan lebat di kawasan terbabit malam semalam.

Tanah Runtuh Hulu Langat – Kerja-kerja menyelamat
Laporan operasi menyelamat 21/05/2011 8:00 Malam

Tanah Runtuh Hulu Langat – Guru Sahkan Mangsa Murid Sekolahnya
Seorang guru Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Hulu Langat pula mengesahkan, seorang daripada mangsa yang terbunuh,  Naim Zain Mohamad adalah pelajar tahun dua sekolah berkenaan.
Ikuti cerita guru berkenaan.
MOHD ISMADI DAMSUKI/GURU SK DUSUN TUA

Tanah Runtuh  Hulu Langat – Saksi Ceritakan Detik Cemas

Ikuti cerita saksi kejadian tanah runtuh di Hulu Langat.
ABDUL RAHMAN MOHD LAZIM/SAKSI
BASHARUDIN MAT ISA/SAKSI

UTAMABERITATanah Runtuh Hulu Langat - Video di tempat kejadian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium