UtamaNASIONALTanah Runtuh Hulu Langat...

Tanah Runtuh Hulu Langat – Empat Mangsa Lagi Ditemui, Jumlah Terkorban Kesemuanya 16 Orang - pakdin.my

 

 

KAJANG: Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Malaysia Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, telah ditemui awal pagi ini – menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban dalam kejadian itu seramai 16 orang.

Mayat terakhir yang dikenali sebagai Boboy, 11, ditemui pada pukul 5.05 pagi Ahad.

Manakala tiga lagi mayat yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad danHazim yang kesemuanya berusia 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi.

Seorang penghuni yang tercedera dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat, Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superitanden Azman Ayob berkata, dengan penemuan empat lagi mangsa, jumlah mereka yang terkorban dalam tragedi berkenaan ialah seramai 16 orang.

“Mangsa yang terkorban adalah seramai 16 orang termasuk seorang daripadanya dewasa, manakala sembilan lagi yang terperangkap telah berjaya kita keluarkan dalam keadaan selamat,” katanya kepada media di lokasikejadian pagi ini.

Menurut beliau lagi, operasi berkenaan disambung semula pada pukul 8 pagi setelah dihentikan buat seketika.

“Kita hendak pastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat bermula pada pukul 2.45 petang iaitu beberapa ketika selepas kejadian itu berlaku. Ia dihentikan seketika menjelang pukul 5.30 pagi Ahad.

Terdahulu, sehingga jam 11 malam semalam, pasukan mencari dan menyelamat telah berjaya membawa menemui dan membawa keluar 12 mayat dari tempat kejadian. Insiden malang dan menyayat hati itu berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Polis memaklumkan sehingga menjelang tengah malam, sembilan ditemui dalam keadaan selamat tetapi tercedera.

Pada waktu itu, polis juga mengesahkan seramai empat lagi mangsa yang masih belum ditemui.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di tempat tragedi tanah runtuh kira-kira pukul 11.05 malam.

Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan.

Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang penghuni termasuk pekerja.

Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Ketika kejadian kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU