Bas persiaran terhumban: 37 disahkan maut (kemas kini) - pakdin.my

bas-persiaran-genting-jatuh-gaung-5 bas-persiaran-genting-jatuh-gaung-4 bas-persiaran-genting-jatuh-gaung-3

Seramai 37 orang disahkan maut setakat 8.15 malam dalam kemalangan bas persiaran yang terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.

Daripada angka tersebut, 24 dipercayai lelaki dan 13 lagi perempuan.

Jumlah penumpang bas yang mula-mula dijangka hanya 49 orang juga, kini meningkat kepada 53 apabila polis menemui 4 lagi mayat.

Pada masa ini kerja-kerja oleh anggota bomba dan penyelamat sedang dijalankan untuk mengeluarkan kira-kira tujuh lagi penumpang.

Menurut sumber, bas itu terhumban ke dalam gaung sedalam 50 meter.

Difahamkan, seorang wanita menjadi mangsa pertama dikeluarkan dari lokasi kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang.

Sebanyak 30 ambulan difahamkan ditugaskan untuk membawa mangsa ke hospital berhampiran.

Difahamkan keluarga mangsa terlibat menunggu di Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur.

Mangsa difahamkan sudah mula dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur namun sumber enggan mengulas lanjut.

Pada 2012, dua pelancong india maut manakala 22 lagi cedera apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 4.5, jalan genting highlands-kuala lumpur

Sementara pada 2010, 7 maut manakala 21 lagi penumpang cedera dalam tragedi maut bas pelancongan yang terbabit dalam kemalangan setelah terbabas lalu terbalik di KM38 genting sempah.

Berita lanjut menyusul

Bas Jatuh Gaung: 26 Disahkan Maut

Bas Jatuh Gaung: 26 Disahkan MautMaklumat terbaru Jabatan Bomba dan Penyelamat sehingga pukul 7.30 petang mengesahkan seramai 26 mangsa terbunuh dalam nahas kejadian bas pelancong terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kilome….

UTAMABERITABas persiaran terhumban: 37 disahkan maut (kemas kini)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium