Tanah Runtuh Hulu Langat – Sultan Selangor Lawat Lokasi Kejadian - pakdin.my

Tuanku Sultan Selangor
SUMBANGAN… Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan berjumlah RM1 ribu kepada mangsa yang terselamat, Muhd Azizi Hashim, 14, pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat dekat sini, Isnin. Seramai 53 mangsa tanah runtuh dan Rumah Kebajikan Hidayah Madrasah Al-Taqwa menerima sumbangan berjumlah RM217 ribu. Daripada jumlah itu, sebanyak RM100 ribu disalurkan kepada Rumah Kebajikan Hidayah Madrasah Al-Taqwa, RM5 ribu kepada 16 waris mangsa yang terkorban dan RM1 ribu kepada 37 mangsa yang terselamat

 

KAJANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat kira-kira pukul 10.40 pagi Isnin.

Baginda kemudiannya diberi taklimat oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rshid Abd Wahab berhubung tragedi yang meragut 16 nyawa pada Sabtu lalu.

Turut memberi taklimat ialah Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerjaraya (JKR), Datuk Ashaari Mohamad yang menerangkan mengenai struktur tanah dan keadaan cerun lokasi kejadian.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu, seramai 25 orang termasuk penghuni, penuntut, warden dan kakitangan rumah anak yatim berkenaan sedang menjalankan latihan persembahan nasyid di khemah yang dibina bersebelahan bangunan sebelum ditimbus tanah runtuh.

Bagaimanapun sembilan lagi mangsa yang turut tertimbus dalam runtuhan berkenaan berjaya diselamatkan.

Pada majlis yang sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM217,000 kepada 53 mangsa tanah runtuh dan rumah anak-anak yatim berkenaan.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM100,000 disalurkan kepada rumah anak yatim.

Selain itu waris kepada 16 mangsa yang terkorban menerima RM5,000 manakala RM1,000 seorang diberikan kepada 37 mangsa yang terselamat.

Dalam pada itu bginda turut berkenan menyampaikan bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM80,000 kepada 16 waris mangsa yang terkorban.

UTAMABERITATanah Runtuh Hulu Langat - Sultan Selangor Lawat Lokasi Kejadian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium