4 Pelajar Antara 60 Mat Rempit Ditahan (video) - pakdin.my

60-mat-rempit-ditahan

Keghairahan sekumpulan mat rempit berlumba dan mempamerkan aksi berbahaya akhirnya mengundang padah.

Kesemua mereka ditahan polis dalam satu operasi samseng jalanan yang diadakan di sekitar kawasan Bayan Baru awal pagi tadi.

Operasi lebih dua jam ini dijalankan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya hasil maklumat orang awam.

Ini selepas kegiatan lumba haram dikesan kerap diadakan pada setiap malam minggu di lokasi ini.

Hasil operasi, 60 orang mat rempit termasuk empat pelajar ditahan.

11 buah motosikal turut disita manakala 40 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan dikesan menunggang tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh, mengubahsuai ekzos dan enjin serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

 

UTAMA4 Pelajar Antara 60 Mat Rempit Ditahan (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium