Anggota Polis Bantuan Bank Negara Malaysia Maut Kemalangan Jalanraya - pakdin.my

Nor Fitri Wahab

Seorang anggota polis bantuan maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kereta di ibu negara, awal pagi tadi.

Kejadian turut mengakibatkan lima yang lain cedera.

Kemalangan ngeri ini berlaku kira-kira jam 1.30 pagi tadi di Jalan Loke Yew arah Cheras.

Siasatan awal polis mendapati, kereta Perodua Kancil ini dipercayai dipandu laju dari arah Cheras ke pusat bandaraya, menyebabkan ia hilang kawalan.

Setibanya di tempat kejadian, kereta ini terbabas ke kanan dan memasuki laluan bertentangan dan menghempap bahagian hadapan sebuah Toyota Unser yang datang dari arah Kuala Lumpur.

Ia kemudian melambung sekali lagi dan menghempap pula sebuah Proton Wira dinaiki lima sekeluarga.

Nor Fitri Wahab, 23 tahun yang bertugas sebagai polis bantuan Bank Negara Malaysia, maut di tempat kejadian.

Semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan lanjut.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

UTAMABERITAAnggota Polis Bantuan Bank Negara Malaysia Maut Kemalangan Jalanraya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium