Akta Pencegahan Jenayah 1959 dipinda – Zahid - pakdin.my

“Biar kita berbeza pendapat di dalam bidang politik tetapi dalam soal pembanterasan jenayah kita jangan berbeza pendapat. Ketepikan kepentingan politik demi kepentingan rakyat dan kesejahteraan,” katanya.

jenayah5

Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 akan dipinda untuk membolehkan polis melaksanakan tugas membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, draf pindaan itu sedang disiapkan Jabatan Peguam Negara dan dijangka dapat dibentang di Dewan Rakyat pada persidangan bermula 23 Sept ini.

Pindaan itu juga akan diguna pakai di Sabah dan Sarawak, katanya pada sidang akhbar selepas sesi khas bersama pemimpin negara dan mahasiswa baharu Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Minggu Siswa Lestari Sidang Akademik 2013/14, di sini hari ini.

Katanya, menerusi pindaan itu, polis akan diberi ‘taring’ untuk mencegah jenayah dengan lebih berkesan dan berharap draf pindaan itu akan diterima baik oleh anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

“Biar kita berbeza pendapat di dalam bidang politik tetapi dalam soal pembanterasan jenayah kita jangan berbeza pendapat. Ketepikan kepentingan politik demi kepentingan rakyat dan kesejahteraan,” katanya.

Ahmad Zahid pindaan itu penting berikutan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad (RRA) 1933.

UTAMABERITAAkta Pencegahan Jenayah 1959 dipinda - Zahid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium