Empat Beranak Maut Di Bangi, Selangor - pakdin.my

Empat beranak maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Bangi, Selangor.

Selain si ibu, Rohaya Md Rabi, 39, tiga anaknya yang masing-masing berusia satu, tujuh dan sembilan tahun turut maut.

Manakala seorang lagi anak mangsa dilaporkan cedera parah.

4-beranak-maut-bangi2

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab kejadian berlaku di kilometer 8, Jalan Kajang – Banting kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Kereta dipandu Rohaya yang juga seorang guru, dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Seri Putra menuju Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.

Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian, kereta Perodua Kancil ini telah bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

4-beranak-maut-bangi

Sebuah van yang mengekori belakang lori tidak sempat mengelak lalu merempuh lori terbabit.

Akibat rempuhan, empat beranak itu maut di tempat kejadian.

Tiga anak Rohaya dikenali sebagai Nor Nabila Al-Huda, 9, Nor Nabila Al-Hana, 7 dan Mohd Nabil Loffi Al Hadi, setahun.

Seorang lagi anak Rohaya, Mohd Nabil Lutfan Al-Husni, tiga tahun dilaporkan kritikal dan dirawat di Hospital Kajang.

Pemandu lori turut dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan manakala pemandu van tidak mengalami kecederaan.

Mayat empat beranak itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Jenazah dijangka dikebumikan di kampung mereka di Kuala Nerang, Kedah, malam ini.

UTAMABERITAEmpat Beranak Maut Di Bangi, Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium