[Video] Suami Isteri Warga Asing Maut Terkena Renjatan Elektrik - pakdin.my

Sepasang suami-isteri warga Jepun ditemui mati di dalam bilik mandi sebuah unit kondominium di Mont Kiara, ibu negara, siang tadi.

Kedua-dua mangsa dipercayai mati akibat terkena renjatan elektrik.

suami-isteri-waga-jepun-maut-renjatan-elektrikMayat pasangan itu ditemui seorang pengemas bilik kira-kira jam 10 pagi tadi sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

Pemeriksaan forensik menemui mayat seorang lelaki tanpa seurat benang dalam bilik mandi.

Difahamkan lelaki itu masih memegang pili air ketika ditemui dan terdapat kesan lecur di mukanya.

Manakala mayat isterinya pula ditemui terlentang berdekatan suaminya.

Siasatan awal mendapati kejadian yang menimpa pasangan itu yang kedua-duanya berusia 38 tahun berlaku akibat litar pintas.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

UTAMABERITAAM Suami Isteri Warga Asing Maut Terkena Renjatan Elektrik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium