Harga Petrol Ron 95 Kekal - pakdin.my

Setelah pelbagai spekulasi mengenai kenaikan harga bahan bakar, kerajaan hari ini mengumumkan harga petrol Ron 95, diesel dan gas memasak kekal pada paras sekarang dan tiada cadangan untuk menaikkannya setakat ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan “Kabinet hari ini telah pun membincangkan secara teliti dan dengan mendalam berhubung dengan rasionalisasi subsidi dan kabinet mengambil keputusan untuk tidak menaikan harga minyak Ron 95, diesel dan gas LPG buat masa ini. Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.”

Ditanya tempoh pengekalan harga bahan bakar itu, ini jawapan beliau.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan “Tak tahulah saya, satu bulan ke, dua bulan ke, tiga bulan ke, empat bulan ke, saya tak bolehlah nak beri, sebab kita tak bincang tempoh tadi ya.”

UTAMABERITAHarga Petrol Ron 95 Kekal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium