[Video] Mangsa kemalangan empat kenderaan di Lebuhraya Karak meninggal dunia - pakdin.my

Kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 31.5 Lebuhraya Karak, petang semalam.

Seorang mangsa yang cedera, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12:30 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, mangsa yang maut ialah lelaki warga Singapura, Tham Choy Chan berusia 53 tahun.kemalangan-bas-karakJurucakap hospital turut mengesahkan mendiang mengalami kecederaan serius di kepala.

Ketika ini, polis masih menyiasat punca kemalangan dan telah merakam kenyataan mangsa yang terlibat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3:49 petang semalam, sebuah bas pelancong dikatakan terbabas lalu merempuh sebuah bas ekspres lain dan sebuah kereta Toyota Vios yang kemudian melanggar sebuah kren di hadapannya.

12 mangsa yang cedera di hantar ke hospital kuala lumpur dan 11 di Hospital Selayang.

Bagaimanapun 12 daripada mereka telah di benarkan pulang.

UTAMABERITA Mangsa kemalangan empat kenderaan di Lebuhraya Karak meninggal dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium