Jadi ‘Keldai Dadah’ Selepas Berkenalan Di Facebook - pakdin.my

 

Lanjutan laporan penyeludupan dadah semakin menjadi jadi yang kami paparkan semalam membawa kepada satu lagi pendedahan.

Hanya bawa diri.  Bagasi, semuanya diuruskan agensi pelancongan

Dikatakan taktik baru sindiket..

Itu dakwa seorang keldai dadah yang kini dalam tahanan di China.

Semua itu menimbulkan persoalan, mungkin ada yang jadi tali barut?

Itu yang diceritakan seorang keldai dadah dalam surat kepada keluarganya baru baru ini.

Gadis berusia 20 an – itu antara 10 rakyat tempatan yang ditahan di Sheng Zheng China – sejak Mac lalu.

Kerana disyaki menyeludup hampir sekilogram dadah.

Dia yang juga kakitangan syarikat insuran . mendakwa mangsa kepada seorang lelaki warga Nigeria yang hanya dikenali menerusi facebook..

Willy nama si pemuda  menawarkan upah lumayan untuk ke China.

Kerjanya mudah  sambil bercuti  mangsa diarah menyerahkan sebuah beg kepada seseorang di wilayah terbabit.

Gadis itu juga mendakwa – tiket penerbangan diuruskan sebuah agensi pelancongan di ibu negara.

Yang pelik – dia tidak dibenarkan membawa beg sendiri.

Tetapi beg diuruskan agensi pelancongan berkenaan dan didaftarkan atas namanya..

Namun setiba – di Lapangan Terbang Antarabangsa Ghuang Zhou –  dia dicekup polis..

Kerana beg terbabit – sarat dengan 750 gram syabu..

Sudahnya gadis itu kini meringkuk di  Pusat Tahanan Shang Mei Lin.

NIK SURYANI MEGAT DERAMAN.
Jika diambil kira jumlah rakyat tempatan ditahan di negara luar – kerana seludup dadah – lebih daripada satu kes membabitkan beg berisi dadah lolos..sedangkan lapangan terbang di negara ini dilengkapi sistem pengimbas keselamatan canggih..bahan terlarang itu hanya dikesan ketika keldai dadah tiba di china..

DATUK NOOR RASYID IBRAHIM / PENGARAH JAB. SIASATAN JENAYAH NARKOTIK BUKIT AMAN
Ya saya percaya..dalam kes wanita ditahan di china ini, saya percaya nigerian ini gunakan org tempatan tak kita melayu ke cina india..dia yg uruskan mangsa sehinggalah tiket penerbangan, nigerian ini cuma bekal dadah..yg tempatan ini atur penerbangan ke destinasi mana…

Mengikut statistik Bukit Aman  lima bulan pertama tahun ini saja – 19 keldai dadah warga tempatan ditahan di beberapa negara.

Sumber Wisma Putra pula- daripada jumlah itu – 10 gadis tempatan ditahan di beberapa wilayah di China.

Semua suspekdipercayai kali pertama terjebak dalam kegiatan itu.

Dalangnya dipercayai warga Nigeria dan ada tempatan..

 

UTAMABERITAJadi 'Keldai Dadah' Selepas Berkenalan Di Facebook

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium