Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKMuktamar Tahunan PAS: Negara...

Muktamar Tahunan PAS: Negara Islam hanya jenama, PAS beralih ke negara kebajikan…. - pakdin.my

Dari kiri, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din; Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Majlsi Perasmian Muktamar Tahunan PAS di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar di Gombak, Jumat

Pemimpin PAS dilihat cuba ‘play down’ isu penguasaan kumpulan Erdogan dengan menyatakan bahawa biarpun golongan Ulama tidak lagi menguasai jawatan strategik parti itu, namun mereka ada Majlis Syura yang “memandu parti kita”.

Timbalan Presiden PAS yang baru Mohamad Sabu ketika ditemui menyalahkan media yang memainkan isu ulama dan bukan ulama setiap kali muktamar.

Mat Sabu yang bukan dari kumpulan ulama membuat kejutan apabila menang jawatan no dua parti selepas dua ulama lawannya Tuan Ibrahim Tuan Man dan penyandang Nasharuddin Mat Isa tewas.

“Kita letak dibawah majlis syura dan dewan ulama. Jadi kita kuat, teguh dan wibawa,” kata Mat Sabu ulas peranan ulama selepas ini dalam PAS.

Senada dengan Mat Sabu adalah Tuan Ibrahim yang berkata keputusan pemilihan PAS yang diumum pagi Sabtu membuktikan perwakilan faham struktur dalam PAS yang sememangnya diterajui Majlis Syura Ulama.

“Kita ada panduan dari Majlis Syura, ini akan memandu parti kita.

“Saya fikir ia tidak mencerminkan penolakan terhadap ulamak, tetapi mereka faham ulama tetap tertinggi dalam PAS melalui Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS Pusat,” katanya.

Manakala Nasharuddin Mat Isa pula mengangap bilangan pemimpin ulama semakin berkurangan, namun barisan pemimpin berkenaan masih mempunyai gabungan profesional-ulama.

“Jika mereka tolak ulama, kita tidak akan diwakili tapi (masih) ada beberapa nama yang mewakili ulama.

“Saya tidak kata ada puak seperti itu, tapi saya kata ada latar belakang pemimpin berbeza yang diwakili di sini,”

Mengulas kekalahan beliau dan Tuan Ibrahim, Nasharuddin tidak menolak kemungkinan ‘pecah undi’ golongan ulama menyebabkan Mat Sabu menang dengan jumlah undi minoriti.

“Pertandingan tiga penjuru ini bagi saya bukan benda baru dan kemungkinan pecah undi itu berlakulah,” katanya lagi.

Dari 1045 perwakilan, Mat Sabu dapat 420 undi, Tuan Ibrahim 399 dan Nasharuddin 224 undi.

Dalam Muktamar sebelum ini, Nasharuddin berjaya mempertahankan jawatannya selepas undi golongan profesional berpecah kepada Husam dan Mat Sabu.-4/6/2011- OLEH HELME HANAFI

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674