Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALRasionalisasi Subsidi Untuk Pastikan...

Rasionalisasi Subsidi Untuk Pastikan Kumpulan Sasar Mendapat Manfaat – PM - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan kerajaan merasionalisasi subsidi bukanlah langkah menghapuskan subsidi tetapi memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan sasar dan sektor yang benar-benar layak lagi memerlukan dengan jumlah yang berpatutan.

Perdana Menteri berkata subsidi di Malaysia adalah antara terbesar di dunia meliputi keperluan seharian rakyat seperti gula dan beras, dan ini tidak termasuk subsidi tidak langsung meliputi perkhidmatan kesihatan danpelajaran.

“Dalam mengurus negara, kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah matlamat tertinggi,” katanya dalam ucapannya pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda pada Sabtu di Istana Negara di sini.

Najib berkata malah suatu keputusan yang tampak popular tidak semestinya menjadi satu tindakan terbaik untuk tempoh yang lebih jauh, dan untuk itu dalam mengurus ekonomi negara adalah penting “kita mengukur baju di badan sendiri.”

“Bagi kepentingan ramai dan negara, sebuah kerajaan bertanggungjawab akan mencipta penyelesaian dan membuat pilihan mengutamakan maslahah rakyat bukan sahaja untuk jangka masa pendek dan pertengahan tetapi juga untuk jangka masapanjang,” katanya.

Perdana Menteri berkata keputusan memotong dan menaikkan pendapatan layak dicukai, memberi subsidi secara pukul rata tanpa mengira keperluan kumpulan sasar contohnya, barangkali mendapat sambutan hangat bagi masa-masa yang tertentu, akan tetapi ia bakal mengundang masalah.

“Hakikatnya, apabila hanya kurang dua juta daripada 12 juta pekerja membayar cukai, dua juta pembayar itu mensubsidikan majoriti yang tidak membayar cukai. Ini akan lebih memberikan cabaran terutamanya apabila perkhidmatan kesihatan danpendidikan adalah relatifnya percuma.

“Malaysia, bukanlah sebuah negara kuasa besar dunia yang mampu mencetak wang tanpa berasaskan kepada apa-apa sandaran atau fiat money,” katanya.

Beliau berkata kebergantungan kepada sumber asli seperti petroleum dan gas asli tidak akan kekal untuk selama-lamanya, malah rakyat patut bersyukurlah bahawa negara mempunyai syarikat petroleum nasional yang diuruskan dengan baik dan kerajaan berjaya memaksimumkan manfaat yang diperoleh.

“Akan tetapi, sumber ini semakin berkurangan. Ternyata, lebih banyak perbelanjaan modal terpaksa dikeluarkan untuk mencari sumber yang baru,” katanya.

“Jadinya, kita harus insaf kepada apa yang mungkin melanda negara jika ekonomi tidak diurus dengan baik,” katanya.

Najib berkata misalannya, negara-negara dalam klasifikasi maju pun sepertimana Greece, dengan defisit 10 peratus dan kadar hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 137 peratus serta kadar pengangguran 14 peratus.

“Apabila gagal diurus dengan berhemah, baru-baru ini, memerlukan 110 bilion Euro atau RM477 bilion bersamaan hampir dua tahun setengah bajet terkumpul Malaysia untuk bailout atau dijamin keluar,” katanya.

Begitu juga negara Ireland pada tahun lepas dengan defisit 32 peratus dan kadar hutang berbanding KDNK 113 peratus serta kadar pengangguran 15 peratus, memerlukan 85 bilion Euro atau RM369 bilion atau setahun setengah bajet terkumpul Malaysia untuk dijamin keluar, katanya.

“Khabarnya, kedua-dua negara Greece dan Ireland mungkin memerlukan jaminan keluar kali yang kedua,” katanya.

Perdana Menteri berkata dalam apa jua rupa tindak tanduk atau perdekatan yang diambil oleh kerajaan, ianya “akan sentiasa bertanggungjawab, tidak cemerkap, tidak terburu-buru apatah lagi mengejar populariti membawa rebah.

“Dengan berhemah, tiap satu keputusan dikaji, ditimbang dan diperinci untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat jua,” kata Najib. – BERNAMA

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674