Muktamar Tahunan PAS: Kroni Anak bapak… - pakdin.my

KEMENANGAN dua anak pemimpin utama Pas pada pemilihan parti itu menarik perhatian. Anak Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat iaitu Nik Abduh menang jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda parti itu.

Awang tidak ragui kebolehan Nik Abduh. Sememangnya beliau berpotensi besar untuk muncul sebagai pemimpin Pas masa depan.

Seorang lagi yang menjadi tumpuan ialah anak Presiden Pas, Hadi Awang iaitu Muhammad Khalil. Beliau dipilih menduduki barisan ahli jawatankuasa Dewan Pemuda.

Menurut Nik Abduh, beliau menang atas pengaruh bapanya. Awang setuju, sedikit sebanyak ia menjadi faktor penentuan. Khalil pula mendakwa, kejayaannya bukan kerana pengaruh bapa. Awang kurang setuju. Semua orang tahu, anak presiden parti biasanya mendapat kelebihan.

Hadi dan Nik Aziz juga sudah tentu mahu melihat kejayaan anaknya dalam parti. Anak bapaklah katakan. Jika benar kedua-dua tokoh itu tidak mahu menggunakan pengaruh mereka secara langsung atau tidak langsung bagi membantu anak masing-masing maka usah benarkan anak masing-masing bertanding.

Masih segar dalam ingatan Awang bagaimana Hadi dan Nik Aziz suatu ketika dahulu pernah menghentam UMNO dalam isu kronisme. Akhirnya mereka sendiri membina kronisme di dalam parti.

Pada Awang, apa yang berlaku itu tidak ubah seperti Dinasti Lim (Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guang Eng). Begitu juga sebagaimana PKR yang diperintah oleh tiga beranak iaitu Anwar Ibrahim (Penasihat), Wan Azizah (Presiden) dan Nurul Izzah (Naib Presiden).

Biar apa pun topeng yang digunakan sama ada Islam, keadilan mahupun demokrasi, mereka adalah orang politik. Apabila melibatkan batang hidung sendiri, semuanya mahu diberi

kewajaran. Orang yang warak pun boleh gelap mata.

UTAMABERITAMuktamar Tahunan PAS: Kroni Anak bapak...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium