Pelatih PLKN Didakwa Atas Tuduhan Membunuh - pakdin.my

Pelatih PLKN Didakwa Atas Tuduhan Membunuh

Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara, PLKN dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pekan, Pahang atas tuduhan membunuh rakan sepelatihnya.

Turut didakwa lima lagi pelatih atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Remaja lelaki berusia 17 tahun dari Kampung Seri Makmor, Pagoh, Muar didakwa membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18 tahun antara jam 1.30 tengah hari dan 10.30 malam pada 22 September lalu.

Kejadian berlaku di Asrama Kem Pinggiran Pelangi, Bandar Muadzam Shah, Rompin.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Berikutan itu Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan 11 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Manakala lima lagi pelatih didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa pada waktu dan tempat yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 November depan untuk sebutan semula kes.

 

UTAMABERITAPelatih PLKN Didakwa Atas Tuduhan Membunuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium