Malaysia Jana RM168 Bilion Melalui Pelancong Asing - pakdin.my

RM168 Bilion Melalui Pelancong Asing

Malaysia dijangka menjana RM168 bilion dengan ketibaan 36 juta pelancong disasarkan menjelang tahun 2020 dalam Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia, MTTP.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sektor itu menjana pendapatan tukaran asing kedua terbesar dan penyumbang ketujuh tertinggi kepada ekonomi negara.

Tahun lalu, sektor pelancongan menyumbang RM47.2 bilion ringgit kepada pendapatan kasar negara.

Menurut Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNWTO, Malaysia menerima 25 juta pelancong asing sekaligus menduduki tangga ke-10 sebagai destinasi pelancongan paling popular di dunia.

Malah, Malaysia juga di tempat ke-13 daripada segi resit pelancongan antarabangsa dengan nilai RM60.6 bilion tahun lalu.

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, Datuk Seri Mohamed Nazri berkata, lebih 200 acara pelancongan akan ditawarkan.

 

UTAMAEKONOMIMalaysia Jana RM168 Bilion Melalui Pelancong Asing

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium