Khabar Gembira Untuk Penduduk Flat Jalan Tun Razak - pakdin.my

 

Ada tiga khabar gembira diterima penduduk flat Jalan Tun Razak, ibu negara hari ini susulan lawatan turun padang Timbalan Perdana Menteri.

Pertama, kajian mengenal pasti punca tanah mendap di kawasan perumahan berusia 40 tahun itu.

Kedua, membaikpulih kawasan terjejas dan ketiga, mengecat semula kesemua tujuh blok flat terbabit.

Peruntukan diluluskan serta merta setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan tinjauan ke lokasi itu sempena program turun padang dan majlis sambutan 40 tahun flat terbabit.

Lebih 10 keluarga terjejas telah dipindahkan ke lokasi selamat sejak beberapa bulan lalu kerana mendapan tanah ekoran tebing Sungai Bonos berdekatan semakin terhakis.

Baki penghuni akan dipindahkan kemudian.

Satu kajian akan dilakukan dalam tempoh terdekat dan kerja baik pulih pula akan dibuat sejurus kajian selesai.

Timbalan Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan 450 ribu Ringgit untuk mengecat semula bangunan usang flat terbabit.

Terdahulu, beliau menziarahi beberapa keluarga miskin, ibu tunggal dan oku di kawasan ini.

Ketika tinjauan, Tan Sri Muhyiddin sempat menemui seorang remaja oku berusia 17 tahun yang berhasrat mengikut kursus kemahiran dan diluluskan.

Remaja itu akan ditempatkan di Pusat Kemahiran Mara, tahun depan.

Katanya, semakin ramai pemimpin Barisan Nasional kini mementingkan masalah rakyat.

Ia satu perkembangan positif seiring matlamat Perdana Menteri, yang mahu rakyat didahulukan.

Pada majlis itu, 10 keluarga yang terjejas turut dihulurkan bantuan.

 

UTAMABERITAKhabar Gembira Untuk Penduduk Flat Jalan Tun Razak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium