Wanita Ditembak 2 Das Di Lampu Isyarat - pakdin.my

Nuruh-Atikh-Tembak-Binjai (3)

Seorang wanita ditembak ketika memberhentikan keretanya di lampu isyarat berhampiran Balai Polis Bijai Kota Bharu, Kelantan petang semalam.

2 das tembakan itu bagaimanapun terkena tapak tangan kanan dan lengan kanan mangsa.

Kejadian berlaku pukul 6.40 petang.

Mangsa Nurul Atikah Sidik, 22 tahun, ketika itu dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke pekan Kubang Kerian.

2 lelaki menaiki sebuah motosikal kemudian melepaskan 2 das tembakan ke arah mangsa dan terus beredar.

Mangsa dihantar ke Hospital Sains Malaysia, HUSM Kubang Kerian dan dilaporkan stabil.

Polis Kelantan kini sedang melakukan ops bagi mengesan penjenayah terbabit.

 

UTAMABERITAWanita Ditembak 2 Das Di Lampu Isyarat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium