Dua Polis Digantung Tugas Kerana Didakwa Keluar Kenyataan Rasis Di ‘WhatsApp Group Chat’ - pakdin.my

Polis DiRaja Malaysia
Polis DiRaja Malaysia

Dua pegawai polis kontinjen Pulau Pinang ditahan kerja ekoran mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan perkauman menerusi aplikasi WhatsApp kumpulan Ops Cantas di sini Sabtu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dua anggota polis itu ditahan kerja berkuat kuasa serta-merta selepas menerima arahan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Kedua-dua mereka ditahan kerja selama dua minggu bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan atau perlakuan yang menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri ini biarpun ia melibatkan anggota polis sendiri.

Abdul Rahim berkata sidang media mengenainya akan dimaklumkan kemudian.

WhatsApp kumpulan Ops Cantas itu disertai anggota polis.

UTAMABERITADua Polis Digantung Tugas Kerana Didakwa Keluar Kenyataan Rasis Di 'WhatsApp Group...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium