2 Remaja Maut Nahas Jalan Raya Selepas Menyertai Pertandingan Komputer - pakdin.my

maut-selepas-pertandingan-komputer

Kegembiraan sekumpulan remaja yang baru pulang daripada menyertai satu pertandingan komputer bertukar tragedi.

Dua daripada mereka maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 88 Arah Utara menghala ke Alor Setar.

Dalam kemalangan pada jam 8.30 malam tadi mangsa Muhd Nor Fitri Nur Ismadee, 17 tahun bersama rakannya Mohd Zulfadhli Zakaria,18 tahun meninggal di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah lori.

Pemandu lori yang dalam perjalanan dari Bukit Gantang ke Tunjang Kedah itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa dan rakan-rakan lain pergi ke Pulau Pinang untuk menyertai satu pertandingan komputer.

Dalam pertandingan itu Muhd Fitri mendapat tempat ketiga manakala seorang lagi mangsa, Mohd Zulfadhli sedang menanti keputusan untuk memasuki sebuah IPTA.

Sementara itu, menurut Jurucakap Polis Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pihak polis masih menahan pemandu lori terbabit untuk siasatan.

Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di kampung masing-masing di Changlon awal pagi tadi.

 

UTAMABERITA2 Remaja Maut Nahas Jalan Raya Selepas Menyertai Pertandingan Komputer

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium