Amuk Di Stesen LRT: “Aku Hanya Menjalankan Tugas…”

Suspek berjaya ditahan oleh orang ramai selepas menikam 4 orang awam.
Suspek berjaya ditahan oleh orang ramai selepas menikam 4 orang awam.

Pengedar rokok yang mengamuk dan menikam orang ramai di dua buah stesen LRT di Gombak dan Taman Melati sehingga membawa kepada dua kematian telah mengeluarkan kata-kata; “Aku hanya menjalankan tugas…” sebelum menikam salah seorang mangsanya iaitu pembantu kedai runcit di stesen berkenaan.

Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh mangsa tikamannya, Sulianti Johari, 31, yang terselamat daripada insiden tersebut.

Katanya, selepas menusuk abdomennya dengan sebilah pisau rambo, suspek dengan tenang dan bersahaja kemudian berjalan menuju ke van yang dipandunya semula sambil tersenyum dan melambai tangan lalu memandu pergi dari Stesen LRT Gombak – tempat pertama dia mengamuk.

Menurut Sulianti, dia memang mengenali pemuda berusia 26 tahun itu kerana pemuda itu adalah pengedar barangan regular di kedai dia bekerja.

“Kami tidak pernah bertengkar atau berselisih pendapat dengannya. Selalunya dia ramah dengan saya malah saya anggap dia bagaikan seorang adik,” katanya selepas berjaya menjalani pembedahan untuk menutup semula luka akibat tikaman di bahagian abdomennya itu.

Tetapi sebelum itu, para saksi yang lain menyedari yang suspek kelihatan seperti seorang yang dirasuk.

Pemilik kedai runcit di stesen berkenaan, Lau Siew Ling, 49, berkata, suspek adalah seorang yang mereka kenali dan merupakan seorang pembekal rokok di kedainya.

Bagaimanapun Lau yang turut ditikam oleh suspek menyedari yang suspek tidak kelihatan seperti biasa malah seperti telah dirasuk oleh sesuatu.

“Selepas dia berhentikan vannya di hadapan kedai saya dia terus keluar sambil memegang sebilah pisau. Dia tidak berkata apa-apa kepada saya tapi dia terus berjalan ke arah saya dan menghunuskan pisau itu ke sebelah kiri pinggang saya,” kata wanita itu kepada para pemberita ketika ditemui di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Suami Lau yang enggan namanya disebut menyifatkan peristiwa yang menimpa isteri dan pekerjanya itu sebagai satu kejadian malang.

“Tapi nasib baik mereka selamat…,” tambahnya lagi.

Menurut Lau, sebaik sahaja suspek menikam isterinya, suspek kemudiannya dengan selamba berjalan kembali ke arah pekerjanya Sulianti pula lalu menikam wanita itu. Kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan stabil dan selamat.

Sementara itu seorang pemandu bas yang enggan dikenali berkata, dia telah menyaksikan kejadian itu di hadapan matanya dan nampak seorang lelaki yang kelihatan seperti “tidak betul” berjalan menuju ke vannya selepas menikam mangsa-mangsanya itu.

“Saya berlari ke arah mereka (mangsa) yang ketika itu sedang berdarah teruk dan salah seorang daripada mereka telah menunjuk ke arah van putih itu,” katanya.

Dia kemudiannya telah menjerit ke arah pengawal keselamatan berhampiran stesen tersebut dan memintanya menembak ke arah van putih berkenaan tetapi pengawal itu tergamam dan tidak dapat melakukan apa-apa.

Katanya, jika mereka berjaya menahan van tersebut daripada beredar dari situ mereka mungkin telah berjaya menyelamatkan dua nyawa yang lain daripada melayang.

(Suspek kemudiannya memandu ke arah Stesen LRT Taman Melati pula dan dalam perjalanan ke situ telah menikam dua lagi mangsa – seorang lelaki tua dan seorang lagi pelajar kolej – yang membawa kepada kematian mereka).

Sementara itu seorang rakan serumah suspek seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh suspek.

“Sukar untuk percaya akan apa yang dah berlaku kerana dia adalah seorang yang baik. Dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sebelum ini,” ujar rakan serumah suspek yang telah enam tahun tinggal serumah dengannya di Selayang.

Dia telah bergegas pergi ke HKL untuk memastikan apakah benar rakan serumahnya itu yang terlibat dengan kejadian amuk dan bunuh tersebut selepas membaca berita mengenai kejadian itu dalam laman sosial Facebook.

“Saya tidak pernah melihat dia menghadiri atau terlibat dalam mana-mana kumpulan silat atau dakwah sebelum ini,” katanya lagi.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...