Polis Jumpa Bukti Lain Berkait Kes Pembunuhan Remaja Perempuan - pakdin.my

Mayat seorang budak perempuan dipercayai, Ng Yuk Tim ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian di Jalan Kebun Nenas Shah Alam pada 10 malam Selasa.
Mayat seorang budak perempuan dipercayai, Ng Yuk Tim ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian di Jalan Kebun Nenas Shah Alam pada 10 malam Selasa.

Polis menemui beberapa bahan bukti yang dipercayai dapat membantu dalam siasatan kes pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya disumbat dalam sebuah beg.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed percaya kes berjaya diselesaikan apabila suspek utama juga telah ditangkap.

Siang tadi, suspek dibawa ke rumahnya di Kampung Chempaka, Kelana Jaya untuk membantu siasatan.

Polis menemui buku rekod perniagaan, alat GPS dan ‘dumb bell’ milik suspek yang dipercayai boleh membantu siasatan.

Mangsa Ng Yuk Tim, 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar menemui seorang lelaki yang dikenali menerusi laman sosial.

Mayatnya kemudian ditemui di dalam sebuah beg di Kota Kemuning, Klang.

 

UTAMABERITAPolis Jumpa Bukti Lain Berkait Kes Pembunuhan Remaja Perempuan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium