Kes Liwat – Permohonan lucutkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ditolak - pakdin.my

Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menolak Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes liwatnya, ditolak lagi oleh mahkamah pagi tadi.

Ini kali ketiga permohonan dikemukakan untuk menolak hakim yang sama menarik diri dari mengendalikan kes.

Kesemua permohonan ditolak mahkamah.

Alasan mahkamah kali ini, permohonan dibuat tiada sebarang merit.

Khamis lalu, pasukan pembelaan datuk seri anwar mengemukakan permohonan di mahkamah supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin menarik diri.

Ini kerana hakim berkenaan didakwa telah melakukan pra-penghakiman dan berat sebelah sehingga menyebab beliau, kononnya tidak mendapat pembelaan yang adil.

Ini termasuk memohon perbicaraan yang bermula 3 Februari tahun lalu, dibicarakan semula di hadapan hakim lain.

16 Mei lalu, mahkamah mengarahkan tertuduh membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui tahap munasabah.

Perbicaraan bersambung hari ini dan Datuk Seri Anwar sepatutnya mula membela diri.

Namun mahkamah terpaksa mendengar permohonan yang dikemukakan sebelum ini.

Antara lain, hujah Peguam Cara Negara Dua, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, tindakan pihak pembelaan  yang bergantung hanya satu perenggan dari keseluruhan 180 perenggan penghakiman, menunjukkan mereka hanya mahu melengahkan perbicaraan.

Peguam Bela, Karpal Singh pula mempertikaikan kegagalan pihak pendakwaan menyediakan saksi-saksi untuk ditemuramah pihaknya.

Sebaik mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Datuk Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan kerana ia tiada sebarang merit.

Penangguhan kemudian dibenarkan untuk membolehkan pihak pembelaan mengemukakan rayuan di mahkamah rayuan.

13 Julai depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

UTAMABERITAKes Liwat - Permohonan lucutkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ditolak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium