UtamaPOLITIKANWAR PEMIMPIN ZAMAN JURASSIK...

ANWAR PEMIMPIN ZAMAN JURASSIK TIDAK LAGI RELEVAN - pakdin.my

Anwar Ibrahim Malaysia complex politician

Agenda Anwar Ibrahim yang hanya memperkudakan Pas demi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri membuktikan sikap tidak ikhlas beliau terhadap parti Islam itu.

Pendedahan tersebut yang dibuat oleh bekas menteri besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Razak kepada mantan menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengguatkan lagi persepsi bahawa Pas kepada Anwar hanyalah sekadar karpet untuk mengesatkan kakinya.

Di dalam tulisan di dalam blognya Zamkata, Zainuddin berkata lidas rasmi Pas, Harakah, pernah menghina presiden parti itu sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  bahawa beliau hanya layak menjadi seorang nelayan.

Anwar menanam agen-agennya di dalam Pas yang dikenali sebagai Anwarinas atau kumpulan Erdogan seperti Husam Musa, Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Dr Syed Azman, Dr Mujahid Yusuf dan Salahuddin Ayub.

Mereka ini membawa agenda sulit serta bertindak menjadi corong mulut Anwar di dalam Pas bagi mengimbangi pengaruh dan kuasa golongan agamawan dan ulama di dalam parti itu.

Anwar tahu bahawa golongan ulama amat tidak setuju dan menolak keburukan peribadi beliau yang terlibat dalam perbuatan liwat.

Malah peribadi jijik Anwar ini sudahpun menjadi pengetahuan umum sebilangan pimpinan besar Pas termasuk Abdul Hadi yang sama-sama membesar di dalam perjuangan Abim lebih tiga dekad dahulu.

Bekas pemimpin Abim seperti Tan Sri Sanusi Junid sudahpun memperkatakan mengenai kecenderungan Anwar menyukai budak-budak lelaki jambu sejak awal tahun 1980an.

Tetapi ketika itu siapapun tidak pedulikan apa yang disebut oleh Sanusi kerana di kalangan pelopor Abim mereka tahu Anwar dan bekas menteri pertanian itu memang tidak sebulu dari zaman muda mereka lagi.

Lagi pun Anwar baru sahaja diterima masuk UMNO dan terus mendapat layanan istimewa daripada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar ditatang sebagai anak emas oleh Dr Mahathir dan kelajuan beloiau menaiki tangga politik di dalam UMNO adalah juga disebabkan faktor bosnya.

Anwar menjadi ‘untouchable’ di dalam UMNO kerana beliau dilihat sebagai pengganti Dr Mahathir sebagai presiden parti dan juga bakal perdana menteri.

Namun takdir mengatasi segalanya dan beliau terhumban dalam keadaan hina dan mengaibkan daripada persada kuasa yang dipuja dan disanjung selama 16 tahun.

Walaupun Anwar pernah menghamburkan kata-kata keji, kesat dan menghina kepada pemimpin-pemimpin pas ketika beliau menjadi pemimpin kerajaan Barisan Nasional, namun demi masa depan politiknya pasca kerajaan, beliau terpaksa menelan semuanya kembali walaupun pahit.

Setelah dipecat Anwar mula melunakkan hati pemimpin Pas dan kata-kata manisnya terutamanya terhadap golongan ulama.

Hinggakan sampai ke hari ini, mursyidul am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi satu-satunya penyokong kuat Anwar di dalam parti itu.

Katalah apa sahaja keburukan Anwar kepada Nik Aziz dan bawalah sebeban bukti untuk menguatkan hujah mengenai perbuatan liwatnya, semuanya akan ditolak bulat-bulat.

Bagi Nik Aziz, Anwar adalah pemimpin hebat yang telah dianiayakan oleh Dr Mahathir tetapi malang bagi beliau kerana ketaksuban beliau telah menutup pinti kebenaran mengenai karektor dan identiti sebenar ketua umum PKR itu.

Melalui jarum pengaruh halus yang digunakan terhadap Nik Aziz, Anwar berjaya meyakinkan parti itu untuk membuat kerjasama politik atau tahalus siyyasah bersama Dap dan PKR dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Pada mulanya pas menerima hasil yang lumayan kerana berjaya meningkatkan jumlah kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi menjadi jelas pada PRU13, pemenang terbesar adalah Dap.

Dap berjaya menggunakan Pas sebagai keldai tunggangan dan mengautkan keuntungan politik yang amat besar mendapat undi Melayu daripada parti itu.

Di beberapa kawasan yang ditandingi oleh Pas, parti itu tidak mendapat sebanyak undi daripada kaum Cina termasuk daripada anggota Dap sendiri.

Kekalahan pembangkang pada pilihan raya lalu untuk merampas Putrajaya telah membuka mata pemimpin Pas bahawa mereka selama ini telah menjadi balaci Anwar tanpa disedari.

Kini sudah ada gerakan yang lebih serius di dalam parti itu untuk menolak kepimpinan Anwar yang sudah dilihat sebagai pemimpin era jurassik oleh pemimpin generasi muda Pas.

 

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...