Terengganu Juara Piala FA 2011 - pakdin.my

 

Hasrat Kelantan untuk menjulang Piala FA buat julung kalinya lebur kali kedua selepas dikecewakan Teregganu malam tadi.

Skuad penyu bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Kelantan, 2-1.

Pertembungan dua pasukan pantai timur ini disaksikan lebih 85,000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati di awal permainan.

Saling berbalas serangan, ketumpulan penyudah menyaksikan permainan terikat tanpa jaringan di babak pertama.

Bersambung di babak kedua, beberapa peluang keemasan muncul buat Kelantan dan Terengganu, namun masih belum menghasilkan gol.

Pada minit ke-79, gerakan menarik Kelantan di sebelah kiri padang membolehkan Nurul Azwan Roya memecah kebuntuan gol, sekaligus menggamatkan stadium.

Ketika permainan dilihat hampir memihak Kelantan, pemain pertahanan Mohd Daudsu Jamaludin yang ingin mengeluarkan bola tertampan bola ke gawang sendiri, mengheret permainan ke masa tambahan.

Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan buat sang penyu pada minit ke-109.

Penyampaian piala disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 

 

UTAMABERITATerengganu Juara Piala FA 2011

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium