Kerajaan Selangor Punca Harga Rumah Mahal - pakdin.my

rumah selangor

BUKAN rahsia harga rumah di Selangor sudah masuk tahap tidak masuk akal dari segala segi.  Sebab itulah agaknya kenapa banyak yang digebangkan pembangkang mengenai kebajikan rakyat yang kononnya tidak dilaksanakan kerajaan persekutuan, mereka sendiri gagal memastikan harga rumah yang sebahagian besarnya berada di bawah kawalan kerajaan negeri.

Mungkin ramai tidak tahu, harga rumah melambung tinggi di Selangor adalah disebabkan tindakan kerajaan negeri sendiri yang mengenakan caj tambahan 30% dari setiap rumah yang disiapkan pemaju di Selangor – disiapkan, jual tak jual belum tahu.  Caj tambahan ini dikenali sebagai caj pemajuan yang kemudiannya akan dibebankan kepada pembeli aka rakyatlah tu.

Bermaksud, jika pemaju membina harga rumah yang sepatutnya berharga RM 100,000, harga rumah tersebut akan dijual sebanyak RM 130,000 kerana pemaju perlu membayar caj tambahan yang dikenakan kerajaan negeri bagi setiap transaksi penjualan rumah – itu kalau RM 100,000, mana ada rumah pada harga itu lagi dah di Selangor hari ini.  Harga itu pula tidak termasuk caj-caj tambahan seperti yuran guaman dan lain-lain yang biasa dalam urus niaga beli rumah.

Bila diperkenalkan caj baru ini kita tidak pastilah, tapi yang pasti ia dibuat secara senyap-senyap atau kalau ada diumumkan sekali pun, dengan menggunakan bahasa Melayu peringkat tinggi yang berselirat birat supaya orang lambat tangkap.

Pedulikanlah tu, yang penting, adakah ini yang Khalid maksudkan sebagai membantu rakyat?  Itu hari bukan main lagi pembangkang sebut kerajaan pusat jangan berniaga dengan rakyat bila skim GST diperkenalkan pada April 2015, rupa-rupanya pembangkang sendiri menekan rakyat dengan caj tidak masuk akal untuk membeli rumah?

Tak hairanlah sekarang kenapa harga rumah di Selangor makin lama makin mahal, rupa-rupanya kerajaan negeri juga ada saham.

Kalau ada tidak sedar, penulis nak sebutkan disini bahawa semua ini tidak berlaku pada zaman BN memerintah.  Pada zaman BN, jangan kata caj tambahan 30%, kerajaan negeri juga akan menjual tanah pada harga istimewa kepada pemaju perumahan yang ingin membina rumah untuk rakyat.  Berbanding dengan sekarang dimana harga tanah dijual pada harga pasaran!!

Jual tanah pada harga pasaran, kos bina rumah lagi, sekarang campur pulak dengan caj pemajuan 30% kerajaan negeri, ini semualah resepi yang menyebabkan harga rumah tinggi.

Macam mana masalah setinggan nak selesai di Selangor kalau masalah macam ini berterusan membelenggu penduduk disitu?  Sementara kerajaan negeri dan Khalid sendiri berbangga dengan rizab kerajaan negeri yang kononnya meningkat kepada RM 2.7 billion, rakyat menderita dan hilang harapan nak membeli rumah di negeri tersebut.

Keadaan ini bukan berlaku di Selangor sahaja, malah di sebuah negeri lagi yang diperintah Pakatan pembangkang, Pulau Pinang.  Di negeri itu pun masalah kenaikan harga rumah yang serius berlaku di sana sini sehingga terdapat sebilangan rakyat negeri tersebut, terutama dari kalangan generasi muda, terpaksa berhijrah keluar dari negeri tersebut untuk membeli rumah yang lebih munasabah harganya.  Dengar cerita yang ‘rajin’ membeli rumah di Pulau Pinang adalah orang luar, dari Singapura terutamanya – dah nama pun DAP.

Jadi entah macam manalah agaknya pembangkang nak melaksanakan segala janji bulan bintang dalam PRU13 yang lepas kalau perkara macam ini pun berlaku di negeri-negeri yang mereka perintah?  Nasib baiklah Tuhan pun tak izinkan puak-puak ini menang, kalau tidak pasti lebih ramai rakyat negara ini yang duduk di rumah setinggan atau bawah jambatan dek kesukaran nak mendapatkan rumah sendiri

UTAMAPOLITIKKerajaan Selangor Punca Harga Rumah Mahal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium