UtamaPOLITIKBanjir Besar : Anwar...

Banjir Besar : Anwar Seronok Bercuti, Fuziah Bergaya Ala Model, Khalid Gagap Kata Ia Membazir - pakdin.my

 banjir-pahang-mana-pemimpin-pr-2

Umum mengetahui beberapa negeri telah dilaporkan terjejas teruk ekoran bencana banjir yang melanda. Antara negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor malah ekoran kenaikan air secara mendadak di beberapa tempat, beberapa jalan utama terpaksa ditutup, bekalan elektrik terpaksa dimatikan dan semua mangsa yang terlibat berpindah ke pusat pemindahan.

Namun di sebalik kesibukan itu, kelibat ketua pembangkang, Anwar Ibrahim langsung tidak kelihatan di kawasan yang terlibat dengan bencana. Sudahlah tidak menghulurkan sebarang bantuan, setidak-tidaknya hadir bagi memberikan sokongan moral.

Tambahan pula antara kawasan yang terjejas teruk ialah Kuantan, di mana majoriti pengundi di kawasan terbabit telah memberikan sokongan kepada calon PKR sekali gus memberikan mandat bagi mewakili mereka di dalam Parlimen.

khalid-banjir-pahang

Apabila disiasat, rupa-rupanya Anwar yang pernah berangan ingin menjadi Perdana Menteri itu sedang enak bercuti bersama keluarganya di London. Ia bukanlah merupakan satu fitnah atau sengaja diada-adakan, tetapi dimaklumkan sendiri oleh Anwar melalui akaun media sosialnya di Instagram.

Semalam, Anwar telah memuat-naik sekeping gambar yang memaparkan dia dan anaknya Ihsan sedang berada di dalam sebuah kereta api. Malah Anwar dengan bangganya mengatakan dia sedang dalam perjalanan ke Washington DC. Menarik bukan!!!

Inikah ciri-ciri bakal perdana menteri yang diinginkan oleh semua masyarakat? Ketika rakyat sedang dilanda musibah dia begitu seronok bercuti di luar negara. Sedangkan sebelum ini, ada di kalangan pemimpin pembangkang yang mendesak agar Perhimpunan Agung Umno dibatalkan, bagi membantu mangsa banjir.

Namun apabila diteliti semula, ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana ia adalah lumrah bagi pemimpin pakatan pembangkang. Contohnya apabila negeri Selangor di landa ribut beberapa tahun yang lalu, Menteri Besarnya, Abdul Khalid Ibrahim enggan turun padang bagi meninjau keadaan mangsa ribut kerana merasakan ia satu perbuatan yang membuang masa dan membazirkan wang.

“Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

“Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan,” katanya kepada pemberita ketika itu.

Menurutnya lagi, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

Di dalam kejadian tersebut, dianggarkan hampir 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa ribut yang memusnahkan kediaman dan harta benda mereka.

Berbalik kepada isu banjir besar yang sedang berlaku ketika ini, ketika puluhan ribu rakyat Kuantan terpaksa dihantar ke pusat-pusat pemindahan, ahli Parlimennya, Fuziah Salleh langsung tidak kelihatan.banjir-pahang-mana-pemimpin-pr

Namun apabila ramai yang mula mempersoalkan peranannya sebagai wakil rakyat, baru-barulah kelihatan beberapa keping gambar yang dimuatkan di laman-laman media sosial, kononnya bagi membuktikan kehadirannya membantu mangsa. Para pencacai pakatan pembangkang, mungkin merasakan ianya sebagai cara untuk menangkis tuduhan masyarakat Kuantan yang hairan dengan ‘kehilangan’ Fuziah.

Tetapi, bak kata pepatah, “bangkai gajah, masakan dapat ditutup dengan sehelai daun pisang”. Kebanyakan gambar-gambar yang dimuat naik lebih banyak memaparkan aksi Fuziah bergaya ala ‘super model’ berbanding membantu mangsa banjir. Ini kerana dia mungkin merasakan sebagai wakil rakyat, aktiviti bergambar dapat meringankan beban mangsa yang terlibat.

Nampaknya benarlah seperti kata Khalid Ibrahim, sesetengah ahli politik lebih suka ‘bergaya’ dengan cara begini. Jelasnya, perbuatan turun padang tidak akan memberi sebarang kesan terhadap moral mangsa ribut dan menganggap ia sebagai konsep yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Orang yang berada dalam kecemasan bukan mahu sokongan moral, dia mahukan pertolongan. Namun, sesetengah ahli politik suka ‘bergaya’ dengan cara begini tetapi saya bukan orang seperti mereka,” tegasnya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...