Puji Isteri Dalam PAU, Anwar Buat Lama Dah!!

anwar-puji-wan-azizah

PENULIS tak begitu terkejut bila Perdana Menteri menyelitkan puji-pujian kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari, atas beberapa sebab.

Sebab yang pertama, perkara itu bukan baru berlaku, tahun 1997 dulu Anwar Ibrahim dah mulakan dah.  Pada waktu itu, Anwar dalam ucapan penggulungan sebagai Timbalan Presiden UMNO memuji isterinya Wan Azizah ketika menjawab dakwaan surat layang yang mengaitkannya dengan kegiatan tidak bermoral – yang kita tahu hari ini bukan fitnah, tapi benar,

Penulis bukan cakap kosong, tapi ada bukti video yang boleh dirujuk disini.  Respon pada waktu itu, nampak ok je, takde masalah pun.  Kenapa hari ini jadi masalah?

 

Sebab yang kedua, dari ucapan pembukaan lagi penulis dah nampak trend Perdana Menteri nak menggunakan peluang itu untuk menjawab pelbagai polemik yang ditimbulkan pembangkang sejak PRU13 berakhir dan penulis yakin lambat laun, polemik mengenai isterinya juga akan dijawab beliau.

Telahan itu ternyata benar bila Perdana Menteri melakukan itu dalam ucapan penggulungan beliau Sabtu lepas.

Almaklum sajalah, sebelum ini banyak pihak mempersoalkan kenapa Perdana Menteri tidak menjawab semua tuduhan yang dilemparkan kepada UMNO, BN dan isterinya sendiri.  Nah, sekarang bila beliau jawab, dah lain pulak masalah yang timbul.

Pada penulis ini semua cacamarba politik sahaja, kata orang nak cari sebab untuk mengutuk.

Kalau memang terletak dalam peraturannya, salah mempertahankan maruah isteri yang dituduh macam-macam, maka patut kutuk juga Anwar kerana dia terlebih dahulu menggunakan peluang berucap di PAU untuk memuji isterinya walaupun isternya tak terlibat dalam hal dia dituduh meliwat.  Apsal tak buat?

Tapi penulis bersangka baiklah, mungkin ada yang terlupa atau sengaja buat-buat lupa, mana-mana satu pun, tak kisah sangatlah.

Yang penting penulis nak jelaskan disini, kalau nak mengatakan ini pertama kali pemimpin UMNO memuji isteri sendiri di Perhimpunan Agung, itu bohong, dulu lagi dah jadi dah dengan Anwar menjadi antara pelopornya.

Anwar memang banyak buat hal dalam UMNO, politik wang pun banyak dakwa dia yang mula, puji isteri sendiri dalam ucapan pun, ternyata dia juga yang mula.

Malah yang kondem-kondem perwakilan membodek presiden dalam PAU2013 yang lepas pun mungkin tak tahu, Anwar pun bodek Tun Mahathir sampai tak ingat dunia jugak dulu.

Cuma dalam hal bodek tu penulis tak beranilah nak mengatakan dia pelopornya atau tidak sebab malas nak cari bukti.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...