10 bukti kaitkan Mat Sabu dengan Syiah – KSU KDN - pakdin.my

nik-aziz-syiah-1

Kalau sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi hanya menyebutnya sebagai ‘ orang nombor dua PAS’ yang terlibat fahamam Syiah, kini sah yang dimaksudkan itu ialah Mat Sabu.

Ketua Setiausaha kemeterian itu Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas petang Khamis yang menyenaraikan 10 bukti penglibatannya dalam fahaman itu secara spesifik menyebut subjek yang dimaskudkan Zahid ialah Mat Sabu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menggariskan 10 maklumat mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia. Sidang media itu diadakan di kementerian itu di Putrajaya
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menggariskan 10 maklumat mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia. Sidang media itu diadakan di kementerian itu di Putrajaya

Dakwaan Mat Sabu pengikut ajaran Syiah disebut Zahid semasa mengulung perbahasan di hari akhir Perhimpunan Agung UMNO pada 7 Disember lalu. Waktu itu beliau tidak sebut nama Mat Sabu.

Pada sidang akhbar yang dihadiri ramai wartawan itu, Rahim berkata berdasarkan maklumat Mat Sabu penah beberapa kali menghadiri kes pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua Ustaz faham Syiah.

Beliau juga telah membuat lawatan ke sebuah masjid di Kampong Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thai pada tahun 2011. Selain itu beliau membuat kunjungan keatas pemimpin Syiah di situ dan menghadiri majlis ramah mesra mereka.

Dalam ucapan sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011, beliau menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak pemikirannya.

Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisnya di akhbar Harakah pada 15 Julai 2008 bertajuk “Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini”.

Pada 28 Disember di Harakahdaily, ketika mengulas perutusan sempena Hari Krismas bagi penganut Kristian di Malaysia, beliau telah mengunakan  Khomeini sebagai terma untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan.

Mat Sabu kerap melawat Iran dan pernah terlibat dalam penghantaran pelajar Malaysia ke Qom, Iran.

Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasarullah dan mengaku beliau dan isterinya
kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.

Ini berdasarkan temuramah pegawai KDN dengan CN Afghani rakan karib Mat Sabu selama hampir 20 tahun pada 9 Disember 2013.

Berdasarkan temuramah dengan Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember 2013 pula diberitahu Mat Sabu pernah mefazkan salawat sebagaimana diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau,Perlis pada 2005.

Tuan Guru Haji Abdul  Rahim dari Sungai Jagung, Pendang, Kedah mendakwa Mat Sabu adalah seorang penganut Syiah. Beliau mendakwa pernah beberapa kali melihat Mat Sabu tunai solat guna sebiji batu kecil keper di tempat sujudnya

UTAMAGAYA HIDUPAGAMA10 bukti kaitkan Mat Sabu dengan Syiah - KSU KDN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium