4 aktivis propembangkang ditahan di bawah Akta Hasutan - pakdin.my

Awas.. orang yang ditangkap itu suka menggigit
Awas.. orang yang ditangkap itu suka menggigit

KUALA LUMPUR 28 Mei – Polis menahan empat aktivis propembangkang termasuk tiga daripadanya yang pernah ditahan dan dibebaskan pada Jumaat lalu.

Mereka ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua; Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan Tamrin Abdul Ghafar serta seorang aktivis pelajar, Muhammad Safwan Anang untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, keempat-empat mereka ditahan berasingan bermula pukul 7 hingga 9.30 malam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan.

“Mereka akan didakwa di Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Seorang lagi aktivis pembangkang, Hishamuddin Rais perlu menyerah diri bagi menjalani pertuduhan yang sama,” katanya ketika dihubungi.


UTAMAPOLITIK4 aktivis propembangkang ditahan di bawah Akta Hasutan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium