Home / :: BLOG :: / 4 ditahan bantu kes bunuh bekas calon AMK PKR

4 ditahan bantu kes bunuh bekas calon AMK PKR

SHAH ALAM: Empat termasuk seorang wanita ditahan polis berhubung kes bunuh calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam, M Thiyahu, 30, di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata tiga lelaki berusia 23, 24, serta 25 tahun, manakala wanita berusia 20 tahun ditahan sekitar Shah Alam dan Klang malam tadi dan kini direman selama tujuh hari mulai hari ini.

Menurutnya, polis juga sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai M D Ozziram, 25, bagi siasatan lanjut kes berkenaan.

“Lelaki itu digelar Ozzi dan alamat terakhirnya di Taman Karupiah, Padang Jawa, Klang.

“Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan K Vignesh Kumar di talian 03-55202222,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, mangsa maut akibat ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.16 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, menurut lelaki itu mangsa ditetak dengan parang oleh tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak.

(Visited 307 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

3 comments

  1. Muhammad Jaafar

    Kes bunoh Adip bila nak tahan dan dakwa. Sampai aekarang tiada yg didakwa. Rakyat menanti dan perilaku pemerentah diperhati perlu teruskan jadi kerajaan atau cukop setakat sepenggal.

  2. Rieky Kiey Kiey

    Kes arwah adib mcm pla..dah tangkap blum?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading...