4 ditahan bantu kes bunuh bekas calon AMK PKR - pakdin.my

SHAH ALAM: Empat termasuk seorang wanita ditahan polis berhubung kes bunuh calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam, M Thiyahu, 30, di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata tiga lelaki berusia 23, 24, serta 25 tahun, manakala wanita berusia 20 tahun ditahan sekitar Shah Alam dan Klang malam tadi dan kini direman selama tujuh hari mulai hari ini.

Menurutnya, polis juga sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai M D Ozziram, 25, bagi siasatan lanjut kes berkenaan.

“Lelaki itu digelar Ozzi dan alamat terakhirnya di Taman Karupiah, Padang Jawa, Klang.

“Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan K Vignesh Kumar di talian 03-55202222,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, mangsa maut akibat ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.16 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, menurut lelaki itu mangsa ditetak dengan parang oleh tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak.

UTAMABERITA4 ditahan bantu kes bunuh bekas calon AMK PKR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium