Kren tumbang di Masjidilharam: 4 jemaah haji Malaysia dilapor cedera (gambar)

Kongsi:

mekah-kren-tumbang

MAKKAH: Empat jemaah haji Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, di sini, kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan.

Kejadian dipercayai terjadi setelah berlaku hujan dan ribut.

Dalam kejadian itu, sebuah kren yang digunakan dalam projek pembesaran Masjidil Haram tumbang lalu menghempap jemaah.

Setakat ini, empat rakyat Malaysia yang terbabit dalam insiden ialah tiga daripadanya cedera ringan dan seorang lagi patah kaki.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mana mana pihak.

Namun satu sidang media dijangka diadakan oleh Ketua Rombongan Haji 1436h, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

4 Replies to “Kren tumbang di Masjidilharam: 4 jemaah haji Malaysia dilapor cedera (gambar)

  1. Khabarnya yg terkini 6 orang jemaah Malaysia yg cedera ringan tapi ada 1 yg patah kaki..berita harian online mengatakan 60 orang terkorban dlm kejadian itu..ada yg masih dlm berpakaian ihram lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.