31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 20, 2021

4 Maut, 27 Cedera Nahas Bas-Lori di Behrang

Percutian sekumpulan pelajar dan guru berakhir dengan tragedi yang meragut 4 nyawa, apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik dekat Behrang, awal pagi tadi.

Mangsa termasuk penumpang sebuah bas lain yang cuba memberi bantuan tetapi maut selepas bas berkenaan dirempuh sebuah lori treler.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 27 orang cedera, termasuk 5 daripadanya parah.

Bas persiaran yang membawa 36 pelajar dan 3 guru Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kedah ini berlepas dari Kulim kira-kira jam 11:30 malam semalam, untuk program percutian 3 hari 2 malam di ibu negara dan Genting Highlands.

Namun, ketika tiba di kilometer 382 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Behrang kira-kira 4:30 pagi tadi, bas ini dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke kiri jalan.

Sebaik kejadian, penumpang sebuah lagi bas yang disewa khas Wanita Umno Bahagian Alor Setar cuba menghulurkan bantuan kepada penumpang bas persiaran yang pada mulanya hanya cedera ringan.

Bagaimanapun, ketika guru dan pelajar cuba keluar dari bas berkenaan, sebuah treler yang sarat dengan muatan ramuan baja organik tiba-tiba merempuh bas persiaran berkenaan.

Akibatnya, seorang guru, Siti Hajar Mohamed, 33 tahun serta 2 pelajar berusia 15 tahun, Khairul Anuar Azhan dan Maisarah Zaidi maut di tempat kejadian.

Manakala seorang penumpang bas lain yang turut terbunuh dikenali Basarah Saad, 45 tahun, Ketua Wanita Umno cawangan Alor Teja, Kedah.

Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital slim river untuk rawatan.

Mereka termasuk 2 guru dan 3 pelajar berusia 15 tahun yang dilaporkan parah.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.