24.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

4 maut dalam nahas kereta dinaiki 11 individu

kemalangan-lpt-temerloh

KUANTAN: Empat lelaki maut manakala tujuh lagi parah selepas kereta Honda Accord yang mereka naiki terbabas di Kilometer 134.1 Lebuhraya Pantai Timur dekat Temerloh, awal pagi ini.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman, berkata seorang daripada mangsa dikenali sebagai Che Mohd Azuwan Che Hashim, 30, yang juga pemandu kereta berkenaan, berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

“Identiti tiga lagi mangsa yang terkorban dan tujuh yang parah dipercayai warga Myanmar itu masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang pengenalan diri ditemui,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, nahas dipercayai berlaku pada 4.29 pagi ketika kereta yang dinaiki 11 orang itu sedang dalam perjalanan dari Rantau Panjang, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan lalu terbalik menyebabkan empat mangsa tercampak keluar dan mati di tempat kejadian,” katanya.

Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh untuk dibedah siasat manakala mangsa yang parah menerima rawatan di hospital sama.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...