20100910-sosilawati

Mayat yang ditemui dipercayai Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Pihak polis masih menunggu keputusan bedahsiasat dan ujian DNA.

Terkini: Pihak polis dilihat mengepung kawasan kejadian Jalan Tanjung Layang yang terletak 11 km dari Tanjung Sepat dan sedang menunggu kehadiran pakar forensik yang dijangka tiba jam 8 pagi nanti.

Orang ramai dan pihak media tidak dibenarkan menghampiri kawasan tersebut.

Polis telah menahan enam orang termasuk seorang Peguam yang bergelar Datuk. Hasil soal siasat, Polis telah perolehi maklumat bahawa kesemua empat mangsa telahpun dibunuh.

Peguam yang bergelar Datuk yang berusia 40an itu merupakan antara suspek utama kerana beliau adalah orang terakhir yang dilaporkan ditemui oleh keempat-empat mangsa.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya.

Difahamkan, dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun beliau menafikan semua dakwaan itu.

“Maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan,” katanya sambil menyatakan kemungkinan Sosilawati dan tiga individu itu menjadi mangsa sindiket terbabit.

Difahamkan, dia sudah dipanggil polis bagi membantu siasatan pada Selasa lalu, termasuk mengenal pasti bentuk pembabitannya dalam urus niaga berkenaan dan hubungannya dengan keempat-empat mangsa, manakala pergerakannya sedang dipantau.

TINGGALKAN KOMENTAR

Masukkan komentar anda
Sila masukkan nama anda