4 selamat ambulans kemalangan #pakdin.my

MUAR: Dua selamat manakala dua lagi cedera selepas ambulans dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di hadapan perumahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Jalan Bakri Batu 4 dekat sini, hari ini.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Zuraimi Harun berkata, pada kejadian jam 12.20 tengah hari itu, pemandu ambulans selamat manakala pembantu perubatan patah tangan.

“Seorang pesakit wanita berusia 74 tahun juga terselamat manakala pesakit kedua, yang juga wanita, berumur 35 tahun cedera ringan dimuka.

“Kesemua mangsa dibantu orang awam sebelum kami tiba ke lokasi,” katanya pada kenyataan.

Keempat-empatnya kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan.

Berkaitan