32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

40 termasuk bayi terperangkap antara runtuhan tanah selamat dibawa ke Bukit Fraser

Sebanyak 40 orang termasuk kanak-kanak dan bayi yang terkandas dalam kenderaan akibat tanah runtuh di Jalan Bukit Fraser-Raub sejak semalam selamat dibawa naik ke pekan Bukit Fraser.

Ketua Polis Raub, Kama Azural Mohamed, berkata mereka ditempatkan di Puncak Inn, Shahzan Inn, dan Banglo Rompin.

“32 orang dewasa, 7 kanak-kanak serta 1 bayi selamat dibawa naik,” katanya kepada FMT.

Semalam, 13 kenderaan terkandas antara dua timbunan tanah yang runtuh di laluan itu, susulan hujan lebat sejak semalam, menyebabkan mereka tidak dapat turun atau berpatah balik ke pekan Bukit Fraser.

Kama berkata polis dan syarikat perkhidmatan kejuruteraan, Roadcare, bagi kawasan Bentong berusaha mengeluarkan kenderaan yang tersangkut antara Gap dan Bukit Fraser.

Polis berkata hujan lebat sejak petang semalam masih belum reda, mengakibatkan lereng bukit runtuh di kebanyakan tempat.

“Sehingga Gap dari Balai Polis Tranum (di Raub), sebanyak 139 tempat lereng bukit runtuh dan 60 lokasi yang menghalang jalan.

“Jalan naik dan jalan turun dari Bukit Fraser ditutup di kedua-dua arah,” katanya, dan menambah kerja-kerja pembersihan jalan sudah dijalankan oleh Roadcare Bentong dan Rawang.

“Kerja-kerja kerja pembersihan telah dihentikan pada 2 pagi tadi.”

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.