Anwar membisu, DBKL guna ATM kawal himpunan haram - pakdin.my

himpunan-guling-kerajaan

Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini memilih untuk membisu mengenai perhimpunan TURUN atau Himpunan Guling Kerajaan yang dirancang di Dataran Merdeka malam ini.

Menerusi laman sosial Twitternya Isnin, Ketua Pembangkang itu hanya menulis “Saya tetap bantah walaupun tidak hadir” ketika memberi respon kepada pengikutnya yang bertanya sama ada beliau akan menyertai demo tersebut. 

Barangkali tahu tindakan itu tidak memberi impak kepada besar kepada politik pembangkang, beliau cuba mengelak daripada dikaitkan dalam perhimpunan kali ini barangkali pilihanraya umum sudahpun selesai.   

Hakikat ini dilihat selari dengan pendapat Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang mengakui sukar untuk menggulngkan kerajaan sedia ada apatah lagi jika melalui secara kekerasan dan huru hara. 

Ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia ada dan juga akan datang adalah pemerintah yang cukup teguh dengan kekuatan pasukan keselamatan yang sentiasa mantap dan cekap.

“Atas sebab itu saya masih berpendapat bahawa tidak mudah untuk gulingkan kerajaan (Malaysia) dan saya juga berpendapat lambat lagi nak berlaku macam itu (guling kerajaan).

“Malah saya juga tak fikir akan berlaku keadaan huru-hara pada himpunan itu nanti (Himpunan Guling Kerajaan),” katanya dipetik Utusan Malaysia. 

Mungkin Anwar sudah masak dengan himpunan yang selama ini dianjurkan Pakatan Rakyat seperti Himpunan Black 505 yang tidak mendapat sambutan ramai malah turut dibantah beberapa pemimpin Pakatan sendiri. 

Menyedari kenaikan kos harga barang adalah satu fenomena global, Anwar dilihat mengakui hakikat tersebut dan tidak akan bersama-sama untuk membantah kenaikan itu. 

Dengan peningkatan harga barang yang diumumkan kerajaan, dilihat pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor bertindak lebih kejam dengan meningkatkan gaji anggota DUN negeri itu dengan mengurangkan belanja untuk pembangunan Selangor. 

Kerajaan Negeri Selangor juga turut meningkatkan kadar cukai perniagaan dengan alasan yang sama iaitu “cukai ini kita dah lama nak naikkan, cuma kita tangguhkan untuk satu ketika iaitu sekarang”. 

Natijahnya, apa juga yang dilaksanakan kerajaan adalah berasas dan mempunyai sebab yang kukuh, cuma mungkin caranya boleh diperbaiki dengan tidak mengumumkan kenaikan dalam satu jangka masa yang singkat.

Jika lebih beliau bising, ianya ibarat meludah ke langit kerana rakyat Selangor  dan negeri lain yang diperintah pembangkang juga tidak senang hati dengan kenaikan tertentu terutama membabitkan cukai yang ditentukan kerajaan negeri.

Lagipun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kali ini bersedia lebih tegas termasuk mendapatkan khidmat anggota tentera bagi mengawal sekitar ibu negara supaya perhimpunan itu tidak menjejaskan keselamatan awam.

Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menerusi Buletin Utama TV Selasa malam berkata, selain penguatkuasa DBKL, pihaknya turut mendapatkan sokongan daripada polis dan ATM.

Lagipun di bawah Strategi Lautan Biru, polis dan ATM kini sering berganding bahu berdepan situasi tertentu terutama yang mengancam keselamatan seperti di Lahad Datu, Mac lalu.

UTAMAPOLITIKAnwar membisu, DBKL guna ATM kawal himpunan haram

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium