Kartun Hina Hadi – Ketua Persatuan Ulama SeMalaysia Berani Sebut ‘Kafir’ Kepada Hadi Awang? - pakdin.my


Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir menyifatkan penerbit dan pelukis kartun yang tersiar di Utusan Malaysia sebagai menghina Islam. Justeru, Yang Dipertua Persatuan Ulama SeMalaysia itu mahu agar kedua-dua pihak tersebut diheret ke mahkamah.

Aneh, bersuara juga Ulama Bisu yang akan menyetujui apa-apa sahaja kata-kata yang keluar dari mulut para pemimpin PAS, tetapi apabila kata-kata bodoh kaum ‘ulama selaput tunggul’ PAS diperdengarkan, Yang Dipertua PUM ini tidak pula bersuara. Barangkali kalau dibangkang kebangangan dan kejahilan agama pemimpin-pemimpin PAS, takut pula dia digelar sebagai SYAITAN BISU atau ULAMA BUTA. Justeru untuk mengelakkan daripada dikenakan label sedemikian rupa, maka dia akan hanya menumpukan kepada musuh-musuh PAS.

Apa yang dikaryakan oleh kartunis bernama ‘MIKO’ itu hanyalah berdasarkan daripada kata-kata Abdul Hadi Awang yang menolak video seks sebagai sumber perundangan Islam yang dianggapnya sebagai tidak bermata, tidak bertelinga dan tidak bermulut sebaliknya hanya besi semata-mata.

Ketika PAS beria-ia menyatakan bahawa dalam Islam, video bukanlah bukti, tidak pula Yang Dipertua Persatuan Ulama SeMalaysia itu bersuara. Padahal, dalam Islam, undang-undangnya bukan hanya Hudud dan Qisas tetapi juga Ta’zir. Kalau dalam Hudud tidak digunakan video kerana sifat ‘tabirnya’, mengapa langsung tidak disebut tentang Ta’zir yang akan menggunakan video lucah sebagai bahan bukti sekalipun bukan atas tuduhan zina kerana zina termasuk dalam jenayah hudud?

Apakah Ta’zir bukan Undang-Undang Islam?

Kenapa tidak disebut dalam Undang-Undang Islam versi PAS? Mengapa hanya menekankan tentang Hudud dan Qisas, tetapi tidak Ta’zir? Perhatikan sahaja Enakmen Undang-Undang Syariah (II) Kelantan 1993 yang digubal oleh PAS, langsung tidak menyebut tentang Ta’zir walaupun disebut juga tentang pembuktian Zina? Pembuktian menerusi seorang gadis yang tidak berkahwin tetapi mengandung sebagai Zina, sebenarnya adalah satu kekejaman dan ketidakadilan. Bagaimana wanita tersebut mengandung akibat dirogol? Mengapa tiada langsung cerita tentang Ta’zir yang boleh digunakan dalam penyelesaian kepada masalah berkenaan?

Sebabnya yang terdapat dalam PAS dan ‘ulama-ulama’ yang menyokong mereka, termasuklah dari kalangan Persatuan Ulama SeMalaysia, adalah SYAITAN-SYAITAN BISU yang akan mengangguk apa-apa sahaja, asalkan dapat menggambarkan keburukan UMNO dan kerajaan. Ulama-ulama Su’ ini sebenarnya sudah Nabi s.a.w nyatakan akan wujud dengan begitu ramai pada akhir zaman. Mereka tidak bersuara kerana kebenaran tetapi mereka bercakap kerana ada kepentingan!

Dalam hal ini, siapa sebenarnya yang lebih menghina Islam?

Sudah tentulah kaum cerdik pandai yang tahu serba hukum tetapi enggan bercakap di atas haq sebaliknya bercakap kerana kecenderungan berpolitik semata-mata.

Tidak sekelumit suara pun yang kedengaran daripada Persatuan Ulama SeMalaysia, terutama daripada Yang Dipertuanya tentang jenis-jenis hukum Hudud dan Qisas biarpun ada disebut dalam Enakmen Undang-Undang Syariah (II) Kelantan. Ada pernah dengar Yang Dipertua PUM bercakap tentang JENAYAH MENENTANG PEMERINTAH yang merupakan salah satu daripada tujuh jenis jenayah dalam Hudud Islam?

Bab murtad, bab zina, bab qazaf, bab minum arak, bab mencuri dan bab merompak, ada juga kedengaran disebut tetapi BAB JENAYAH MENENTANG PEMERINTAH tidak pernah keluar langsung daripada PUM. Seolah-olah JENAYAH MENENTANG PEMERINTAH bukanlah sebahagian daripada tujuh jenis jenayah Hudud.

Walhal kalau diikutkan, jenayah hudud ialah jenayah yang ditetapkan kesiksaannya oleh Allah Taala dengan hukumannya. Maksud hukuman hudud ialah hukuman yang ditetapkan itu mesti dijalankan sebagaimana yang telah ditetapkan tidak boleh lebih atau kurang daripada ketetapan itu. Hukuman hudud adalah ketentuan daripada Allah dan tidak boleh digugurkan oleh sesiapa pun sama ada individu, atau kumpulan tertentu. Hukuman ini dianggap sebagai hak Allah Taala dan tujuannya untuk kepentingan masyarakat umum bagi menghindarkan keburukan dan membawa manfaat untuk mereka.

Yang kerap diperlekehkan ialah UMNO tidak jalankan hukum hudud. Sedangkan ulama-ulama bisu yang ingin memperkenalkan diri mereka sebagai ulama menerusi persatuan, tidak pernah bersuara langsung dalam banyak hal kecuali yang kelihatan dapat membantu PAS dan Pakatan Rakyat!

Berani Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir menyatakan bahawa Abdul Hadi Awang menghina Islam menerusi ucapannya pada Muktamar PAS Ke-57 lalu yang menyatakan tentang hal ini?

Tidak mungkin akan berani sebab SYAITAN BISU memang menyembunyikan sebahagian dan mengeluarkan sebahagian hukum selagi ia memberikan keuntungan kepada mereka!

SelangorDaily

UTAMABERITAKartun Hina Hadi - Ketua Persatuan Ulama SeMalaysia Berani Sebut ‘Kafir’ Kepada...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium