Pengarang Herald Hina Mahkamah, Kalimah Allah Dan Isu Murtad - pakdin.my

herald-kalimah-allah

Demi kerakusan kuasa politik PAS dan PKR seolah-olah merelakan dan “reda” umat Islam dimurtadkan di dalam gereja yang dikawal DAP. Tindakan mereka yang menyokong agar Kalimah Allah dipergunakan dengan maksud tersirat untuk tujuan murtadkan umat Islam benar-benar mengguris hati umat Islam.

Mahkamah Rayuan telah memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald. Namun begitu Paderi Lawrence yang merupakan  pengarang Herald-The Catholic Weekly dalam kenyataannya di laman sebuah portal pada 27 Disember lalu menyatakan pihaknya akan tetap menggunakan kalimah ALLAH di semua gereja di Selangor. Oleh itu Polis Selangor akan memanggil Paderi Lawrence Andrew selepas menerima beberapa laporan polis di negeri itu yang mendakwa dia menghina keputusan mahkamah.

Dalam semua laporan polis tersebut,  mereka  melahirkan rasa tidak senang khususnya apabila mahkamah memutuskan isu kalimah Allah (hak eksklusif orang Islam) dan tidak boleh digunakan  namun  ada pihak yang masih enggan dan ingkar. Polis juga sedang berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengenai isu penggunaan kalimah ALLAH di sidang gereja seperti yang dikatakan Andrew, minggu lalu.

Disamping itu juga ia membuktikan bahawa bangsa Cina yang beragama Kristian dan berfahaman DAP itu amat kurang ajar dan biadap . Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan bahawa  isu kalimah Allah tidak lagi timbul namun  masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang secara terang-terangan ingin melanggar perintah mahkamah dan titah Tuanku. Sudah sampai masanya DAP ini diajar adab sopan  di Tanah Melayu.

Pembangkang sebelum ini cuba menafikan penglibatan pihak gereja dalam gejala memurtadkan umat Islam. Malahan  pimpinan PAS sendiri mempersoalkan tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah keristian dikalangan orang Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432/ 03.08.20011 lepas semasa umat Islam sedang menjalani ‘ibadah puasa. Keberanian DAP bertindak sedemikian rupa  kerana mereka  begitu yakin bahawa PAS dan PKR sememangnya  telah dapat mereka perkudakan 100%.

Rakyat Malaysia yang beragama Islam perlu tahu bahawa PAS dan PKR bakal memusnahkan dan menghancurkan Islam dan Melayu di tanahair kita sendiri. Dahulu PAS menjadi juara kompang kampung mencanang kes murtadnya Aishah Bukhori. Namun  PAS yang kononnya  berjihad menentang murtad itu telah  bertukar qiblat. Kini mereka akan menentang habis-habisan sesiapa sahaja yang mengganggu gereja yang nak murtadkan umat Islam.

PAS  memecat Dr. Hasan Ali yang telah bertindak mencegah gejala murtad. Beliau telah  di tuduh sebagai agen UMNO yang dibayar oleh oleh PM untuk merosakkan ukhwah dan perpaduan PAS dengan DAP. Mereka melemparkan fitnah kononnya UMNO  membayar Dr. Hasan Ali untuk mencegah murtad.

Penglibatan gereja dalam gerakan memurtadkan umat Islam sememangnya telah lama kita ketahui.  Dengan sebab itu juga gereja DAP ini telah bersungguh-sungguh mahu menggunakan Kalimah Allah bagi mempermudahkan gerakan jahat mereka. Semasa Aishah Bukhori  mengisytiharkan diri dia murtad kepada ayah dia Hj Bukhori melalui telefon pada 19.10.1997 , Aishah sedang berada disebuah gereja di Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan. Apabila Haji Bukhori dan keluarganya pergi ke gereja tersebut, berlaku pertengkaran kerana mereka tidak benarkan Aishah diambil oleh keluarganya. Keluarga Aishah terpaksa balik hampa kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Proses Aishah murtad telah melibatkan seorang peguam Kristian ahli Malaysian Bar iaitu Leornard Teoh Hooi Leong. Beliaulah orang yang membuat permohonan ke Mahkamah untuk perintah habeas corpus untuk membebaskan Aishah daripada jagaan keluarga beliau.  Leornard mendakwa tindakan ibubapa, abang dan bapa saudara Aishah telah melanggar hak kebebasan Aishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik”.

Masihkah kita ingat Nurul Izzah telah menyokong murtad? Beliau telah menegaskan bahawa tidak adil mengenakan sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama hanya untuk bukan Islam, sedangkan kumpulan Islam disekat daripada pengamalan kebebasan tersebut. Beliau membantah kebebasan beragama hanya terpakai untuk bukan Islam.

 

Nurul Izzah hanya bertudung namun akidah beliau amat bertentangan dengan penampilan beliau.  Tindakan beliau  yang sanggup mempertikaikan AlQuran dan Sunnah amat mengecewakan. Dalam Islam kebebasan beragama hanya terpakai kepada bukan Islam.  Majlis tertinggi dewan perundangan Universiti Al-Azhar telah menyebut tentang kes seorang muslimah bernama Umm Mirwan yang telah meninggalkan Islam pada zaman Nabi Islam. Dalam kes itu, Nabi Muhammad telah mengarahkan supaya wanita ini bertaubat dan memeluk Islam semula, jika tidak, wanita ini harus dibunuh! Buku-buku dan rekod sejarah Islam telah mencatat bahawa apabila Muhammad telah menakluki kota Mekkah, baginda telah menghukum bunuh semua insan yang telah keluar dari Islam dan juga mereka yang pernah menghinanya, pada satu masa dahulu. Semua ini disahkan daripada rujukan Riwayat oleh Al-Tabari, Bahagian II, muka surat 160, juga daripada Riwayat hidup Nabi Muhammad oleh Ibn Hisham Bahagian 4, ms.15 & 16.

Perlembagaan Persekutuan juga  telah memperuntukkan satu undang-undang khusus iaitu Fasal (4) Perkara(11) yang mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama terhadap penganut beragama Islam. Permohonan penganut beragama Islam untuk menukar agama lain tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. Nurul Izzah juga turut mempertikaikan undang-undang di negara ini berkaitan dengan halangan terhadap Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT). Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut di tempat peribadi. Kononnya jika undang-undang itu dilaksanakan juga di tempat peribadi ia tidak menghormati hak privasi seseorang.

Dengan jelas rakyat dapat menilai betapa munafiknya pemimpin pembangkang.  Mereka sanggup “melacurkan” Islam, Bangsa Melayu dan tanahair demi kerakusan kuasa.  Sesungguhnya mempertahankan aqidah itu merupakan jihad. Begitu juga dengan mencegah murtad. Kita berada dalam kerajaan Barisan Nasional yang berjihad demi kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair.

.

.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAPengarang Herald Hina Mahkamah, Kalimah Allah Dan Isu Murtad

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium