Seorang Lelaki Parah Ditembak Di Hadapan Rumah Dekat Kuala Berang - pakdin.my

mangsa-tembak-kuala-berang

Seorang lelaki dilaporkan kritikal selepas ditembak di hadapan rumahnya di Kampung Menjing, Kuala Berang jam 8.20 malam tadi.

Tembakan itu mengenai perut mangsa dikenali sebagai Mat Din Ahmad, 28 tahun.

Suspek tiba bersama seorang lagi rakan dengan menaiki kereta Kancil bernombor pendaftaran TAF 9770.

Sempat memberi salam, suspek memberitahu mahu bertemu mangsa.

Salah seorang adik mangsa yang berada di ruang tamu menjawab salam sebelum pintu rumah dibuka.

Suspek kemudian masuk semula ke dalam kereta di bahagian penumpang.

Dan ketika Mat Din keluar, suspek bertindak menembak mangsa, menembusi cermin depan kereta sebelum melarikan diri.

Mangsa yang rebah dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dibawa ke unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah.

UTAMABERITASeorang Lelaki Parah Ditembak Di Hadapan Rumah Dekat Kuala Berang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium