Taikun Hong Kong Terbang Ke Malaysia Dengan Jet Untuk Makan Ikan - pakdin.my

EMPURAU-STIM

Taikun Hong Kong, Peter Lam terbang ke Malaysia menggunakan jet peribadinya untuk merasai ikan empura, yang sering dikenali sebagai ‘wang bu lio’ di kalangan orang Cina kerana harganya yang mahal dan dagingnya yang enak, lapor China Press.

Ikan empurau itu dijual dengan paling mahal adalah ikan air tawar pada harga sehingga RM1,800 sekilogram.

Dilaporkan bahawa Lam dan sembilan rakannya mengunjungi sebuah restoran di Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan ikan secara stim.

Lam (kiri) dan Wong bersama perut ikan yang dibeli
Lam (kiri) dan Wong bersama perut ikan yang dibeli

Ikan itu ditempat oleh James Wong dari Sarawak, yang dikatakan sebagai pakar tentang ikan air tawar, untuk jamuan pada malam Ahad.

Wong berkata, ikan seberat 2 kilogram itu berharga kira-kira RM3,000.

“Ramai pelancong dan lelaki kaya sering terbang ke Malaysia untuk menikmati keenakan ikan empurau.

“Tetapi ia adalah pertama kali seseorang itu datang menggunakan jet peribadi hanya untuk tujuan ini,” katanya.

Lam, yang merupakan Pengerusi Lembaga Pelancongan Hong Kong turut membawa pulang lima ikan air tawar tempatan, termasuk empat empurau yang bernilai kira-kira RM17,000 ke Hong Kong pada Isnin.

Ketika ditemui seorang pemberita, Lam, yang ketika itu dalam kunjungan peribadinya berkata, ia merupakan pertama kali beliau merasai ikan empurau di Malaysia.

Beliau berkata, rasa ikan itu sungguh enak.

EMPURAU2

“Saya akan kembali lagi. Selain ‘wang bu liao’, ikan-ikan lagi di Malaysia juga sedap. Saya akan membawa kumpulan lain tidak lama lagi untuk merasai makanan Malaysia yang lain,” tambahnya.

Ikan air tawar liar menjadi begitu popular selepas pengkritik makanan Hong Kong, Chua Lam dan chef Liang Wentao, yang dikenali sebagai ‘Hong Kong of Cookery’ yang memaparkan hidangan itu dalam program televisyen.

UTAMATaikun Hong Kong Terbang Ke Malaysia Dengan Jet Untuk Makan Ikan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium