MAIPP dititah kaji semula kaedah pelantikan kariah masjid - pakdin.my

GEORGETOWN 17 Jun – Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dititah menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi merangka kaedah yang sesuai serta mengkaji tatacara baru dalam proses pemilihan jawatankuasa kariah masjid di negeri itu.

Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin membuat titah ketika beliau dan Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas menghadap baginda di Istana Negara pagi tadi.

Beliau berkata, semua anggota jawatankuasa yang bakal dilantik dan cadangan tatacara baru harus mendapat perkenan baginda terlebih dahulu selaku Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang.

“Baginda bertitah demikian supaya semua pihak sentiasa menjaga, memelihara, melindungi ketinggian, kehormatan dan kesucian masjid sebagai rumah Allah, sebagai institusi ibadah dan institusi ummah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ellias berkata, sehubungan itu, Tuanku Mizan menitahkan pemilihan jawatankuasa kariah masjid di seluruh negeri bagi sesi 2012/2013 yang sepatutnya bermula esok, ditangguhkan.

Beliau berkata memandangkan proses pembentukan jawatankuasa bebas mengambil masa lama, Tuanku Mizan juga berkenan melanjutkan tempoh pelantikan semua jawatankuasa kariah masjid sedia ada sehingga 31 Disember 2012.

Kita tunggu apa pula helah baru DAP nak pecahkan umat Islam selepas ini. Sekarang ini ramai Melayu yang sanggup bersekongkol dengan DAP demi kuasa tanpa meghiraukan nasib agama dan bangsa sendiri.

UTAMABERITAMAIPP dititah kaji semula kaedah pelantikan kariah masjid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium